Selasa, 8 Mac 2011

MEsti BaCa buat bakal ibu dan bakal penimang cahaya mata

Ibu sememang nya sangat senonim dengan panggilan ratu.. kalo tak masakan ada lagu mencoretkan bait bait lirik seperti ini...

ibu...ibu..
engkaulah ratu hatiku...
bila ku berduka
engkau hiburkan selalu...
ibu...ibu..
engkaulah ratu hatiku...


Dinobatkan sebagai Ratu Susu Ibu pertama bagi tahun 2010 sememangnya bukan suatu yang terlintas setiap kali info penyusuan dikongsikan di blog Miakididdles... Kebetulan mommyLyna ada menghantar email mintak saya berkongsi lagi tentang pengalaman suka duka sepanjang perjalanan penyusuan saya... Hatta...
Saya mahu semua ibu-ibu menjadi Ratu Susu Ibu dari blog Susu Sihat!!

Bagaimana mahu menjadi Ratu Susu Ibu...??!!

Penyusuan susu ibu tidak semudah ABC.. 123... Tetapi jika disulami dan disirami dengan ilmu, setiap yang susah akan menjadi senang... setiap rintangan akan diharungi dengan sabar dan tabah... Hatta
  • Galilah ilmu seawal mungkin... sebaik anda disahkan mengandung, sebelum anda bersalin atau sebelum anda mengandung
  • Knowledge is power - dengan ilmu akan akan lebih bersedia untuk berjuang andai dilanda badai susu tak keluar selepas bersalin... andai anda kekok untuk melekap dengan baby... andai anda punya puting tenggelam... andai bayi anda keliru puting...
  • Dengan ilmu anda akan berjuang penyusuan susu ibu sepenuhnya untuk baby anda... bukan menyerah... mengalah dan menyumbat susu formula kepada baby anda!!

Setiap ibu adalah wanita yang hebat... pengasih, penyayang dan punya daya juang yang sangat tinggi. Hatta PERCAYALAH...
  • MINDSET - always think +ve yang susu sentiasa ada.. NEVER think susu kurang/susu tak cukup. Elakkan berada dalam keadaan stress/penat... BF is all in your mind :)
  • Tetapkan MATLAMAT jangka pendek untuk menjayakan penyusuan susu ibu sepenuhnya sehingga 6 bulan. Bila MATLAMAT jelas, walau apa jua penyakit "M" - malas, moody... anda akan mudah muhasabah & fokus semula. Malas hanya akan wujud jika individu itu tidak nampak dengan jelas matlamat hidupnya.
  • Kerapkan Breastfeeding.. Breastfeeding.. Breastfeeding.. Breastfeeding.. kerapkan pumping..pumping dan pumping... selain amalkan minum air suam 3L per day...banyakkan makan nasi... Tiada gunanya kite makan segala bagai makanan penambah susu tapi tak kerapkan BF & pumping -->> susu tetap akan kurang...
  • Kena happy selalu... kalau jumpa orang yang menyakitkan hati, doakan agar orang itu mendapat kasih dan rahmat Allah.
  • Memang benar bukan semua mampu menyusukan anaknya dengan susuibu sepenuhnya tapi sekurang-kurangnya anda tidak terus menerus mengalah... memadailah menyusukan pada malam hari selepas pulang dari kerja... sekurang-kurangnya anak kita masih minum susuibu

Gagal sekali tak bererti gagal selamanya kan?? Kita yang MEMILIH untuk menjadi lebih baik atau tak dari sebelumnya. Hatta... tidak mustahil anda meneruskan penyusuan susu ibu sepenuhnya jika
  • anak pertama minum susu formula
  • anak anda keliru puting
  • anak anda sudah diberi dengan susu formula semasa berpantang
  • anda bekerja dan selalu outstation
  • anda punya puting tenggelam
  • anda punya breast kecik
Breastfeeding is fitrah, breastfeeding is sunnah.. marilah kita kembali kepada fitrah. Islam sendiri menganjurkan penyusuan susu ibu sehingga bayi kita berusia dua tahun dan ini jelas menjadi tanggungjawab ibu untuk memastikan misi ini berjaya. Ini merujuk kepada kepentingan menyusu itu sendiri. Kerana misi ini merupakan satu misi besar yang bukan sekadar dibuktikan kebaikannya oleh ilmu sains tetapi merupakan tuntutan yang ada di dalam al-Qur'an. Macam yg telah disarankan dalam ayat Al-Quran, surah al-baqarah..
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu” – surah Al-Baqarah, ayat 233

Kalo Aznil dengan Anmum Essential tom tom bak nya beserta kanak-kanak riang... apa kata kita kita propose media penyiaran kita buat satu rancangan menyokong penyusuan ibu dengan Ratu Susu Ibu Essential tom tom bak dgn mommylyna sebagai pengacaranya...??! menarik kan? Bila lagi kita nak memartabatkan penyusuan susu ibu...siapa stuju angkat tangan!!


sumber: http://alinalan.blogspot.com/2011/03/saya-mahu-semua-ibu-ibu-menjadi-ratu.html


---"Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui"--

makanan terbaik untuk bayi


Pemakanan yang paling sempurna bagi bayi baru lahir hingga berumur 6 bulan ialah SUSU IBU SAHAJA. Bayi yang menyusu susu ibu secara ekslusif (sepenuhnya) sehingga 6 bulan pertama kurang mengalamai jangkitan saluran penghadaman dan saluran pernafasan.

Susu yang dihasilkan dalam masa 3 - 5 hari pertama selepas kelahiran dikenali sebagai kolostrum. Kolostrum adalah cecair pekat kekuningan dan dihasilkan sebanyak 30ml sehari. Ia mengandungi antibodi yang tinggi dan bertindak sebagai imunisasi pertama kepada bayi untuk melawan bakteria dan jangkitan virus. Walaupun kuantiti kolostrum yang dihasilkan sedikit, tetapi ia kaya dengan nutrien seperti Protein, vitamin larut lemak (vitamin A,E,K) dan mineral (natrium dan zink).

Susu ibu mengandungi air dan nutrien yang penting untuk tumbesaran bayi. Sebanyak 88% kandungan susu ibu terdiri daripada air. Oleh itu, bayi yang disusui dengan susu ibu tidak memerlukan air kosong atau minuman lain. Selain daripada itu, susu ibu juga mengandungi protein untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi, lemak sebagai sumber tenaga dan zat besi untuk mencegah anemia. Oleh itu, pastikan bayi anda disusui dengan susu ibu sahaja sehingga berusia 6 bulan.


BILA WAKTU PALING SESUAI MEMBERIKAN MAKANAN PELENGKAP KEPADA BAYI??
Apabila bayi berusia 6 bulan, mereka perlu diberi makanan pelengkap untuk memenuhi keperluan TENAGA dan NUTRIEN yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangannya.

Makanan pelengkap - makanan atau minuman yang mengandungi nutrien yang diberikan kepada bayi selain daripada susu ibu atau susu formula. Makanan pelengkap berfungsi untuk membekalkan nutrien keperluan bayi dan BUKAN untuk menggantikan penyusuan bayi...

Pemberian makanan pelengkap paling sesuai apabila bayi mencecah umur 6 bulan. Ini adalah kerana pada usia 6 bulan, sistem penghadaman dan ginjal bayi sudah matang dan risiko untuk masalah penghadaman, jangkitan dan alahan terhadap makanan pelengkap dapat dikurangkan.


APAKAH KESAN JIKA MAKANAN PELENGKAP DIBERIKAN TERLALU AWAL??
Ia boleh menyebabkan bayi kurang menyusu kerana bayi sudah kenyang. Selain itu, sistem penghadaman dan ginjal bayi masih belum matang dan enzim penghadaman yang terlibat belum bersedia. Ini boleh menyebabkan bayi terdedah kepada risiko jangkitan, alahan dan diarhea.


APAKAH KESAN JIKA MAKANAN PELENGKAP DIBERIKAN TERLALU LEWAT??
Ia boleh menyebabkan tumbesaran bayi terbantut dan kekurangan nutrien.


Sumber : Unit pemakanan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

ytytytyty
---"Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui"--

disebalik warna najis

Pernahkah anda bimbang bila najis bayi bertukar warna daripada kebiasaannya warna kekuningan bertukar kelabu ataupun hijau? Apakah perubahan ini normal atau sebaliknya? Umumnya, najis bayi mungkin berubah-ubah kepada warna-warna seperti kuning, coklat, hijau, merah dan kelabu. Melalui warna-warna inilah anda mengetahui sistem pencernaan bayi normal ataupun tidak.


Berikut anda boleh mengenali najis bayi melalui warnanya:-


Kuning
Warna ini adalah normal jika bayi hanya mendapat penyusuan ibu semata-mata, tiada campuran dengan susu formula. Warna kuning disebabkan bayi mendapat susu ibu sepenuhnya dari foremik (susu bahagian hadapan payudara ibu) dan hindmik (susu dari payudara belakang ibu).

- cth Najis after 16 jam di bawah fototerapi light. Utk bayi yg kene jaundis -

Hijau
Masih dikategorikan normal tetapi jika warna ini berterusan ia menunjukkan anda menyusukan bayi dengan cara tidak betul (yang dihisap oleh bayi hanya foremik). Keadaan ini berlaku kerana pengeluaran susu melimpah disebabkan bayi kerap menghisap susu bahagian hadapan terlebih dahulu yang mempunyai kandungan gula dan laktosa tetapi rendah lemak. Hal ini menyebabkan bayi cepat lapar semula dan susu bahagian belakang yang mengandungi banyak lemak akan dihisap selepas foremik habis, sedangkan hindmik bahagian belakang inilah yang menjadikan najis berwarna kuning.


Merah
Boleh disebabkan adanya titisan darah bersama najis. Darah ini mungkin datangnya dari bayi atau dari anda (ibu) yang terhisap semasa proses bersalin. Jika darah itu datangnya dari ibu atau anak, maka najis akan berwarna hitam dan berlaku selama sehari atau 2 hari. Jika darah tersebut bukan dari anda atau bayi sendiri, kemungkinan lain adalah alergi susu formula atau penyumbatan pada usus. Jika ini berlaku ia perlu segera mendapatkan pemeriksaan doktor.


Kelabu
Warna ini dianggap tidak normal dan anda harus segera mendapatkan pemeriksaan doktor. Warna kelabu menunjukkan terdapat gangguan serius pada hati, hempedu dan usus bayi.


Bentuk Najis
Selepas 2 hari dilahirkan, bentuk najis adalah lembik, kemudian sedikit bergumpal seperti jeli, padat, berbiji dan mungkin juga sedikit cair. Najis bayi yang diberi susu ibu sepenuhnya berbentuk pasta atau krim, berbiji dan agak cair.


Kekerapan Membuang Najis
Berbeza-beza antara seorang bayi dengan bayi lain terutamanya pada minggu keempat dan kelima yang pertama. Biasanya dalam sehari bayi mungkin buang air besar sehingga 5 kali. Bayi menghisap susu ibu sepenuhnya biasanya kerap membuang najisnya bahkan ada yang hingga 7 kali sehari. Jangan bimbang ini adalah normal jika bayi tidak mengalami masalah kesihatan.


sumber drp : http://bidanbersalin.blogspot.com/


---"Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui"--