Ahad, 22 November 2015

Homemade mayonnise

Bahan-bahannya:

Sebiji kuning telur yang besar

1 1/2 sudu teh jus lemon

1 sudu teh white wine vinegar (Maklong guna apple cider vinegar)

1/4 sudu teh Dijon mustard (Maklong guna English mustard jenis serbuk)

1/4 sudu teh garam atau mengikut rasa

sedikit black pepper (Maklong tambah tiada dalam resepi asal)

3/4 cawan minyak canola (Maklong guna all-purpose olive oil)

Masukkan kuning telur, jus lemon, vinegar, mustard dan garam dalam sebuah mangkuk yang agak sedang besarnya. Letakkan mangkuk diatas tuala lembap yang dilipat supaya ia tidak bergerak-gerak bila mula memukul nanti. Pukul semua bahan tadi sehingga kembang dan berwarna kuning cerah selama 30 minit.

Masukkan minyak setitik demi setitik sambil terus memukul setiap masa selama 4 minit. Selepas 4 minit apabila nampak mula mengental bolehlah mula tuangkan minyak secara halus sambil terus memukul tanpa henti. Apabila telah betul-betul kental, itu tanda mayones telah siap. Tutup dengan cling film dan simpan dalam peti ais. Oleh kerana mayones ini tiada bahan additive, ia tidak tahan lama. Gunakan dalam masa seminggu.

TIP:

Kadang-kadang apabila anda terlebih tuang minyak dan ini menyebabkan mayones pecah minyak. Pada peringkat ini anda pukul macamna pun ia takkan jadi. Sekiranya mayones anda pecah minyak, jangan risau. Ambil sebuah mangkuk lain dan mula semula dengan telur kuning yang baru. Pukul telur hingga kembang dan masukkan adunan yang pecah minyak tadi setitik demi setitik sambil terus memukul. Insya Allah anda akan dapat menyelamatkan mayones tersebut.


Sumber:

http://maklongskitchen.com/2013/09/10/homemade-mayonnaise/



Sumber:


Rabu, 27 Mei 2015

Kek cekelat pasti sedap by khasimah

3 biji telur
1/2 cwn gula kastor
1/2 cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 cwn serbuk koko *
1 1/4 cwn tepung*
1 sudu teh baking powder*
1 sudu teh soda bikarbonat*
1 cwn minyak masak

Ayak yg bertanda *

Pukul telur n gula smpi larut shj bkn kembang masukkan susu pekat susu cair n masukkan bhn ayak dh sebati last masukkan minyak

Kukus selama 45 minit atau sehingga masak

Topping coklat
1/2 cwn serbuk koko
2 sudu besar gula kastor
1/2 cwn susu pekat
4 sudu susu cair
5 sudu besar  marjerin

Msk semua dlm kuali ato periuk buka api perlahan kacau smpi pekat....dah sejuk tuang atas kek hias la dgn biji2 ke kcg ke siap msk peti lg sdp tp slalu xdan siap abh

Jumaat, 22 Mei 2015

Kem TAHSIN SOLAT

Rancangan pelaksanaan kem tahsin solat bg pelajar ting 1&2. 
Senarai kontek pakar motivasi untuk cuba dirunding. 

1.
TN.ABD.GHANI BIN YUSOF
MASTER TRAINER
KONSULTAN JANA INSAN
SG.PETANI,KEDAH
019-4741209 @04-4246033

2. Ikram teen 
encik blh hubungi pengerusi IT Gombak di 013 629 4094 (zakaria)

3. 

MALAYSIAN ACADEMY OF HYPNOSIS 
No. 445, 446 & 447,
Jalan Haruan 4/3,
Oakland Commercial Centre,
70300 Seremban, 
Negeri Sembilan 

&. 

No. 655, Jalan Haruan 5/6,
Oakland Commercial Centre,
70300 Seremban
Negeri Sembilan.


For more information & enquiry, please do not hesitate to call us at 
Tel : 012-664 9952 / 010-891 7020 / 06-601 5660 
Fax : 06-601 6956 

E-mail: pgmsabrina@yahoo.com / hipnosismalaysia@yahoo.com

Isnin, 18 Mei 2015

===========================
TEKNIK LANGSAI HUTANG RUMAH 10 TAHUN
- AZIZ RESCOM
===========================
Seminar yang mampu membantu ANDA menguasai TEKNIK LANGSAI HUTANG RUMAH dalam masa 10 tahun sahaja dan menjimatkan faedah pinjaman sehingga RM300 Ribu. Biarkan jiran-jiran anda ajer yang bayar hutang rumah sehingga 30 tahun.
====================
11 TRICK ‘TERSEMBUNYI’ YANG AKAN SAYA DEDAHKAN DALAM SEMINAR INI SEBAB PEGAWAI BANK CONFIRM TAKKAN BAGITAU
===================
Ianya..
[✔] Praktikal
[✔] Mudah difahami, mudah diikuti..
[✔] Straight to the point, no teori-teori lagi..
[✔] Langkah demi langkah…
[✔] BUKAN Seminar Previu
[✔] Tak perlu ambil lagi kelas Advance
=====================

Jom sertai seminar Teknik Langsai Hutang Rumah 10 Tahun :
Tarikh : 30 Mei 2015
Hari : Sabtu
Masa : 8:30am-1:00pm
Tempat : Bandar Baru Bangi

Bayaran :
1 orang RM199
3 orang RM300
Bayaran kepada :
| Maybank | Ross Aziz Consultancy | 562834621511 |

Whatsapp bukti bayaran bersama info :
1. Teknik Power
2. Nama semua peserta
3. Email semua peserta
4. No whatsapp semua peserta
ke 0134855654 ahmad rafizal 

Pihak kami akan maklumkan lokasi tepat tidak lama lagi.
Jangan lupa ajak rakan-rakan anda juga untuk bersama-sama 
Jumpa anda di sana

Selasa, 28 April 2015

Kuah pasta

Cara cikyat😝
Tumis bwg besar (cincang)
Masuk daging kisar sepeket
Daging dah masak skit,masuk sebotol kuah spageti (aku pakai kimball cendawan)
Masuk tomato puree tin kecik atau masuk tomato yg dicincang2. Salah satu.
Masuk garam. Masak sampai dia masak. Hehe
 
*option: masuk serbuk kari skit, sos tiram skit, sos cili skit. Sbb tekak aku tak bleh masam2 sgt, kena 
ada malay touch gitu.
Nak sedap atau bg byk kuah,bleh tambah button mushroom cincang2 jugak.
Ni basic je, kuah ni bleh buat utk lasagna, macaroni cheese, and spgeti ofkos.
✌✌ pis yo











Sabtu, 25 April 2015

Adab2 Memasak

Tok2 guru pondok kita sangat jaga bab makan sampai tak izinkan anak murid makan di luar sebab takut termakan masakan orang yang tak solat dan tak bersih sebab akan mematikan hati. Dalam kitab pun sebut bab ini

Saya nak kongsi adab2 memasak dari mudzakarah masturat. Sangat2 hebat mereka para2 isteri para jemaah menjaga adab masakan pada suami dan anak2

1. Berwuduk dan solat 2 rakaat

2. Baca doa masuk dapur surah alkahfi ayat 10

ﺭَﺑَّﻨَـﺎ ﺍَﺗِﻨَـﺎ ﻣِﻦْ ﻟَّﺪُﻧْـﻚَ ﺭَﺣْﻤَـﺔً ﻭَﻫَﻲِّﺀْﻟَﻨـَﺎ ﻣِﻦْ ﺍَﻣْﺮِﻧـَﺎ ﺭَﺷَـﺪًﺍ

Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yg besar dari sisiMu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami

3. Doa mengambil beras surah An-Nahl ayat 96

ﻣَـﺎ ﻋِﻨْﺪَﻛُـﻢْ ﻳَـﻨْـﻔَﺪُّ ﻭَﻣـَﺎ ﻋِـﻨْﺪَ ﺍﻟﻠﻪِ ﺑَـﺎﻕٍ

Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang di sisi Allah adalah kekal

4. Doa cuci beras

ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّـﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـَﺎ ﺧَﻴْﺮًﺍ ﻣِﻨـْﻪ ُ
Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makanan yang lebih baik darinya

5. Doa letak beras dalam periuk

ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـﺎَ ﻣِﻦْ ﺟُـﻮْﻉٍ

Segala puji bagi Allah yang telah mmberikan makan setelah lapar

6. Doa letak air dalam beras

ﺍَﻟﻠّﺬِﻳْﻦَ ﺍَﻣَﻨُﻮْﺍﺍ ﺻْﺒِﺮُﻭْﺍ ﻭَﺻَـﺎﺑِﺮُﻭْﺍﻭَﺭَﺍﺑِﻄُﻮْﺍ ﻭَﺗَّـﻘُﻮﺍﺍﻟﻠﻪَ ﻟَﻌَﻠَّـﻜُـﻢْ ﺗُﻔْﻠِﺤُﻮْﻥ
َ
7. Doa mengacau sayur ke arah kanan dan lawan arah jarum jam 

ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِﻔَـﺔ
ٌ
Tidak ada yang dapat menyatakan hari itu selain Allah

8. Doa potong sayur dan daging ayat Al baqarah 71

ﻓَﺬَ ﺑَﺤُﻮْﻫـﺎَ ﻭَﻣَـﺎ ﻛـﺎَﺩُﻭْﺍ ﻳَﻔْﻌَﻠُﻮْﻥ
َ
9. Doa cuci sayur 

ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِـﻔَـﺔ
ٌ
10. Doa menghaluskan perencah: Surah al kautsar ayat 1 hingga 3

Kalau tak mampu buat macam ni cukuplah sekadar berselawat, baca hafazan alquran, zikir dan JANGAN bercakap hal2 dunia semasa memasak. InsyaAllah

Sila amalkan untuk mendapatkn redha dan berkat dalam keluarga. InsyaAllah.. 

Supaya beroleh keluarga dan anak2 yang soleh dan solehah. Pentingnya air tangan orang yang memasak...

via: Ustakipu Alkelantani

Rabu, 4 Mac 2015

Rabu, 11 Februari 2015

Kuning

Sumber : http://whenmayend.blogspot.com/2013/07/untuk-mengelakkan-jaundice-sejak-dari.html?m=1

Perkongsian ilmu mengenai Jaundice oleh Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus.

Bila saya baca, tergamam sekejap kerana semua yang diceritakan oleh ustaz semuanya terkandung dalam QASEH.

Sila baca yer..

NEONATAL JAUNDICE
Apabila menyentuh tentang kelahiran baru, sering kali sang faqir dihubungi oleh ibubapa yang sedang berusaha menangani masalah Kuning atau Jaundice yang berlaku pada bayi mereka.

AlhamduLILLAH, setakat ini, 2 orang putera dan seorang puteri sang faqir, tiada seorang dari mereka yang di’hinggapi’ dengan masalah jaundice (kuning), doktor atau jururawat yang menguruskan isteri tersayang dan bayi lazimnya agak ‘Ajib, apakah pemakanan atau amalan ibu kepada tiga orang anak ini, sehingga tiada langsung tanda kuning. Satu jawapan mudah yang dapat diberi BACK TO SUNNAH.

Setakat ini sudah hampir 35 soalan di dalam inbox PM sang faqir bertanyakan cara merawat jaundice, malahan ada yang memberi pendapat di dalam ‘wall’, bahawa jaundice ini sudah menjadi wajib kepada bayi-bayi yang baru lahir sekarang, adalah bagi pandangan jahil sang faqir, pendapat ini tidak sang faqir setujui, kerana jaundice ini akan terkena pada 6 dari 10 orang bayi yang dilahirkan (neonatal jaundice), bermaksud pasti ada sebab kenapa yang 4 lagi tidak terkena. 

Adalah perlu kita ketahui, dalam Perubatan Islam konsep Al Wiqayah Khairun Minal Ilaj (Mengelak lebih baik dari merawat) dipegang. Hal yang sama juga perlu pada permasalahan neonatal jaundice.

Jaundice adalah dari bahasa Perancis iaitu ‘jaune yang bermaksud kuning. 

Ianya melibatkan permasalahan sel darah merah manusia yang terurai menghasilkan partikel atau komponen yang dipanggil bilirubin. Ianya tidak larut air dan akan dibawa atau dihantar ke hati(liver) untuk diubah menjadi larut air.

Setelah itu akan dikeluarkan melalui air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning). Manakala sebahagiannya pula melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan). Inilah Jaundice atau Kuning.

Ada dua sebab utama bayi terkena Jaundice, pertama kerana lemahnya sel darah merah bayi (fetal hemoglobin) dan keduanya disebabkan lemahnya sistem hati(liver) dek kerana belum cukup matang untuk menjalankan proses bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air.

Sebab-sebab lain selain dari yang di atas antaranya adalah kesan dari kelahiran menggunakan forceps (vakum), jangkitan kuman di dalam darah (sepsis), masalah ketidakserasian dengan darah ibu (Coombs Positive),Masalah enzim darah rendah (G6PD)- untuk permasalahan ini sehingga ke dewasa mereka yang menghidapinya tidak boleh memakan makanan yang terkandungnya purin yang tinggi, seterusnya hormon tiroid yang rendah, Masalah hati dan hempedu dan jangkitan virus rubella atau toxoplasma.

Serius atau tidak masalah ini, kelekaan atau kelalaian dalam merawat permasalahan ini, akan mendorong kepada fenomena kernicterus iaitu bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang, boleh menyebabkan kematian atau kecacatan kekal, NauzubILLAH.

Dalam kepercayaan sesetengah kaum, mengaitkan masalah kuning dengan tabiat ibu atau ayah yang suka memakai pakaian berwarna kuning atau memakan masakan yang berwarna kuning semasa bayi dalam kandungan, hal ini sebenarnya agak tidak relevan, tetapi masih boleh di’terima dengar’ berbanding kalau mengaitkan masalah kuning dengan mambang kuning, itu lebih haru.

Perawatan di hospital atau secara allopathy melibatkan Terapi lampu (phototherapy) danExchange Transfusion (ET) – Proses penggantian darah.

Cuma di sini sang faqir lebih suka berkongsi dengan sekalian sahabat kaedah dalam Perubatan Islam untuk mengelakkan dan merawat jika sudah terkena.

UNTUK MENGELAKKAN, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :

1) Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)

2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)

3) Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.

4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.

5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.

6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.

7) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.

* Buat pengetahuan semua, isteri tersayang dan anak-anak tidak pernah mengambil apa-apa suntikan pelalian vaksin, dari hamil sehingga sudah besar bayi tersebut. Kerana sang faqir percaya, vaksin yang terbaik adalah MADU LEBAH. (Biarlah orang hendak panggil kolot molot, asal kita tahu dan yaqin apa yang kita amal serta lakukan)

BAGI MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :

1) Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu. 

2) Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.

3) Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.

4) Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)

5) Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)

Banyak lagi petua untuk ikhtiar menyelesaikan masalah kuning, cuma petua di atas sudah memadai dahulu. Diharap menjawab serba sedikit persoalan kalian.

Semoga ALLAH memudahkan urusan kalian.

InsyaALLAH Tohour.

Wassalam.

Ahad, 1 Februari 2015

Cookies by khasimah

1cwn gula putih*
1cwn gula perang*
150gm mentega*
1cwn minyak*
1biji telur*
4cwn tpg gandum
1sdk garam
1sdk baking soda
2cwn coklat chip 
1sdk esen vanila*
1cwn kcg walnut (terpulang)
2 sdb serbuk koko (terpulang tambah sedap hehehhe)

Cara2
Pukul yg bertanda* sampai sebati jgn kembang sgt ye nnt lembik

Pastu masuk bahan kering tepung ayak ngan soda kacang ngan coklat cip

Adunan die lembik2 sikit kalo xnak rapuh lebihkan tepung

Pastu sudukan bako
Kak long kalo xsuke manis kene kurangkan gula
Bako suhu 175oc
Atau ikut oven masing2