Sabtu, 1 Januari 2011

Ucapan buat Pengantin

Ucapan yang ditujukan buat rakan sahabat yang baru dan melansungkn pernikahan:

  1. buat Fadhil dan isteri - 25 Sept 2010, maaf tak dpt datang tgh pantang..
  2. buat Jamaluddin dan isteri -
  3. buat Fairdaus Ishak dan isteri - maaf gak tak dapat g, aku demam time ni,huhu
  4. buat Najiyyah Asri dan suami - walimah pada 25 Desember 2010, mohon maaf tak dapat hadir walimah
  5. buat Bayani (housemate UPSI) dan suami - 25 desember 2011
  6. buat Asiah Al-Kharib Shah dan suami - 1 Januari 2011
  7. buat adik ipar Rabiatul Adawiyah dan Azhar - 8 Januari 2011

______________________________________________________________

~
Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa Aqil ibnu Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan bani Jusham..lalu datang orang ramai dan berkata, “semoga berbahagia dan ramai anak”..
Mendengar yang demikian Aqil berkata; “janganlah kamu berkata demikian kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”..
Mereka lalu bertanya, “jika demikian apa yang patut kami katakan wahai abu Yazid?"
Aqil menjawab,”Katakan (semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.

~
Dalam sebuah hadis riwayat imam Bukhari, diceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. ternampak kesan sufrah ( sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman bin Auf r.a. lalu baginda bertanya, “apakah ini?”
Lalu jawab Abdul Rahman r.a. “saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”
Rasulullah bersabda, “(semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash.

~
Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w akan berkata, “( semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu dalam kebaikan)."

~
Menurut imam Nawawi daalm al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan- ucapan Rasulullah di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kitamengucapkan “ semoga berbahagia dan ramai anak.”

Mana taknya ,kehidupan pasangan yang diberkati Allah sudah tentu hidup dengan gembira dan bahagia.Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia belum tentu mendapat keberkatan-Nya.


Wallahu’alam..

sumber:
http://hidayahanaqi.blogspot.com




---"Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui"--