Memaparkan catatan dengan label nota. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nota. Papar semua catatan

Sabtu, 1 Januari 2011

Ucapan buat Pengantin

Ucapan yang ditujukan buat rakan sahabat yang baru dan melansungkn pernikahan:

  1. buat Fadhil dan isteri - 25 Sept 2010, maaf tak dpt datang tgh pantang..
  2. buat Jamaluddin dan isteri -
  3. buat Fairdaus Ishak dan isteri - maaf gak tak dapat g, aku demam time ni,huhu
  4. buat Najiyyah Asri dan suami - walimah pada 25 Desember 2010, mohon maaf tak dapat hadir walimah
  5. buat Bayani (housemate UPSI) dan suami - 25 desember 2011
  6. buat Asiah Al-Kharib Shah dan suami - 1 Januari 2011
  7. buat adik ipar Rabiatul Adawiyah dan Azhar - 8 Januari 2011

______________________________________________________________

~
Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa Aqil ibnu Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan bani Jusham..lalu datang orang ramai dan berkata, “semoga berbahagia dan ramai anak”..
Mendengar yang demikian Aqil berkata; “janganlah kamu berkata demikian kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”..
Mereka lalu bertanya, “jika demikian apa yang patut kami katakan wahai abu Yazid?"
Aqil menjawab,”Katakan (semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.

~
Dalam sebuah hadis riwayat imam Bukhari, diceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. ternampak kesan sufrah ( sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman bin Auf r.a. lalu baginda bertanya, “apakah ini?”
Lalu jawab Abdul Rahman r.a. “saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”
Rasulullah bersabda, “(semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash.”

~
Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w akan berkata, “( semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu dalam kebaikan)."

~
Menurut imam Nawawi daalm al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan- ucapan Rasulullah di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kitamengucapkan “ semoga berbahagia dan ramai anak.”

Mana taknya ,kehidupan pasangan yang diberkati Allah sudah tentu hidup dengan gembira dan bahagia.Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia belum tentu mendapat keberkatan-Nya.


Wallahu’alam..

sumber:
http://hidayahanaqi.blogspot.com




---"Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui"--

Jumaat, 4 September 2009

Akibat Malas

kerja 1 minggu perlu disiapkan dalam masa 1 hari... Inilah akibatnya kalau dah asyik dok gayang kaki, malas2 saja... padan muke aku..

Jadi, Jangan Ganggu saya hari ini!!

Semuga aku dapat menyiapkan segala tugasanku dengan terbaik, Ameeen...

Rabu, 2 September 2009

fuh....fuh...berabuk,berdebu..
apesalla malas sangat nak cuci..

note: RPH dah 2 hari tak siap.... huarggg!!!!!!!! kritikal malas dah neyh.. kle wazir datang mengejut,mau kandas dah aku neyh......ingat2la weiiiii.. iklaske aku jadi cikgu (jangan tanyer, susah mo jado cikgu skg ni,bekal aku belum cukup.....)

Isnin, 17 Ogos 2009

Jangan percaya!

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.
[Ali Imran:118]

Sucikan jiwa dengan bulan Ramadhan...



  1. Puasa Ubat Penyakit Rohani, Sucikan Jiwa
  2. Hikmah Puasa di Bulan Ramadhan
  3. Sucikan Jiwa
  4. Sucikan Jiwa dari Sifat Kedekut

ZAKAT SUCIKAN JIWA
Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
[At-Taubah:103]
KIKIR TABIAT MANUSIA
Katakanlah (wahai muhammad): "jika kamu memiliki perbendaharaan rahmat Tuhanku pada ketika itu tentulah kamu akan berlaku bakhil kedekut kerana takut kehabisan; dan sememangnya manusia itu bertabiat bakhil kedekut".
[Al-Isra':100]
Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); -Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah;Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;
[Al-Ma'aarij:19-21]
PENYAKIT/AKIBAT
  1. dapat merosakkan manusia (HR Thabrani)
  2. dapat memutuskan tali persaudaraan(HR Abu Daud dan Nasai)
KEBAIKAN HILANGKAN SIFAT KIKIR
  1. bahagia
  2. kegembiraannya ketika megeluarkan harta semata kerana Allah SWT.
  3. jiwa manusia bebas dari keterbegantungan dan ketundukkan terhadap harta benda dan dari kecelakaan menyembah harta.
Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
[Al-Hasyr:9]
Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
[At-Thagaabun:16]

baca..baca...jangan tak baca....
rupe2nye tajuk ni pun ada kaitan ngan tajuk zakat tahun lepas..
jadi, dah bersedia?
bersedia untuk apa? amalkan.... dan sampaikan...

Rabu, 12 Ogos 2009

Sabar Lebih Sikit, Ganjaran Lebih....

1. Kalau aku sabar lebih sikit, pasti aku .............................................
2. Aku mesti sabar sikit lagi,.............................. Ganjarannya .........................................
3. .................................

sesapa beleh lengkapkan ayat ke, buat ayat baru tentang sabar ke, silalah hantar komen..

Selasa, 11 Ogos 2009

BAHAYA! TABIAT MEMBUANG MASA

oleh : Irfan Khairi

Pepatah mengatakan "Angin yang sama meniup kita, ianya bergantung
kepada kita untuk melayarinya". Setiap insane mempunyai jumlah
waktu yang sama dalam sehari, iaitu 24 jam. Apa yang menentukan
kejayaan seseorang itu adalah kecekapannya dalam mengurus 24jam
sehari nya.

Tabiat membuang masa, atau sering dikenali sebagai
"proscastinantion" adalah tabiat yang merugikan kita. Sering kali,
kita menunda-nundakan sesuatu kerja, sehingga produktiviti kita
untuk mencapai kejayaan menurun.

Berikut adalah 4 cara bagaimana anda boleh membuang tabiat buang
masa ini:

MATLAMAT DIKECILKAN

Seringkali kita membuang masa oleh kerana melihat sesuatu kerja itu
terlalu besar untuk ditangani. Adakalanya matlamat yang terlalu
besar menyebabkan kita kurang berkeyakinan dan kurang bermotivasi
untuk mencapainya. Dilihat seperti kerja yang bakal dilalui amat
besar dan tidak kesampaian!

Apa yang anda harus lakukan adalah, pecahkan matlamat yang besar
itu kepada matlamat yang lebih kecil. Matlamat untuk mengumpul 10
ribu ringgit mungkin bunyinya besar, tetapi sekiranya dipecah
kepada unit yang lebih kecil, iaitu menyimpan RM500 setiap bulan,
matlamat akan tercapai juga dalam masa 20 bulan

TINGKATKAN KEKUATAN TENAGA

Sering kali kerja ditunda atau kerja tidak dapat disiapkan adalah
kerana badan kita terasa penat. Mata kita terasa mengantuk dan
tubuh kita tidak rasa selesa untuk meneruskan sebarang kerja.

Sebab ini adlaah, tidak kira sekeras mana anda kerja, tidak kira
berapa jam anda melakukan tugas anda, sekiranya badan anda tidak
mampu menahan bebanan tersebut, produktiviti anda akan berkurangan.

Ambil masa untuk berehat. Tubuh manusia boleh bertahan pada tahap
produktiviti yang tinggi dalam lingkungan 8-9 jam sahaja. Itu pun
sekiranya mempunyai tubuh yang sihat. Adakalanya, dengan hanya
melelapkan mata atau menambahkan masa tidur anda di malam hari, ia
akan menyegarkan semula tubuh anda untuk menjadi lebih produktif
pada keesokan hariinya. Sekiranya anda sering tidur 5-6 jam sahaja
oleh kerana kerja yang banyak, saya cadangkan anda tambahkan masa
tidur anda untuk menyegarkan tubuh anda.

Lakukan aktiviti senaman dari masa ke semasa, kata pakar kesihatan
tidak semestinya anda bersenam setiap hari, walaupun bersenam
setiap hari adalah terbaik. Tetapi, beri masa untuk bersenam selang
beberapa hari untuk menguatkan lagi tubuh anda dan daya ketahanan
badan anda dengan tekanan kerja.

Jaga makan dan minum anda. Kita di Malaysia adalah dalam keadaan
disadvantage oleh kerana makanan kita agak berat jika dibandingkan
dnegan makanan barat. Tetapi, perhatikan daya ketahanan mereka di
barat gaya sihat. Tubuh mereka lebih kuat walaupun umur meningkat.

Makan seperti ahli sukan dan bersenam selalu. Tubuh anda akan rasa
sihat, badan anda akan rasa segar- ia akan menambahkan produktiviti
kerja anda. Tiada lagi rasa malas dalam memulakan sesuatu kerja!
Rujuk majalah Maskulin anda untuk tips-tips kesihatan yang
sememangnya akan menjadikan insan yang lebih produktif!

SUARA POSITIF

Bagaimana tindakan kita bergantung kepada suara yang sering kita
masukkan di dalam minda kita. Buang segala suara-suara negative
seperti saya akan gagal. Saya tidak dapat melakukan kerja ini.
Orang lain tidak akan suka dengan hasil kerja saya. Gantikannya
dengan suara suara positif- saya akan berjaya, saya akan menyiapkan
kerja ini dengan sempurna dan orang akan memuji hasil kerja saya.

Jadi seorang yang optimis dan berfikiran positif, ini akan
memudahkan segala kerja yang anda lakukan. Walaupun mungkin keadaan
sekeliling menyebabkan perasaan anda lemah dan tidak bermaya,
masukkan gambaran-gambaran positif di minda anda.

Terdapat satu istilah ini mengatakan bahawa kita gembira oleh
kerana kita menyanyi. Dan bukan sebaliknya kita menanyi kerana kita
gembira!

Mereka yang optimis akan...
- Sering melihat segala kebaikan di keliling anda dalam apa
keadaan sekali pun
- Pelajari daripada apa sahaja kesusahan yang dilalui dan terima
dengan hati terbuka
- Sering mencari penyelesaian daripada maslalah, dan bukannya
memperbesarkan suatu maslaah.

Orang yang berjaya sering mencerita tentang matlamat mereka. Mereka
sering berceirta tentang masa depan dan bukan mengungkit masa
silam. Lebih positif diri kita, lebih bersemangat dan lebih
produktif kerja yang dilakukan oleh kerana kita akan menjadi
seperti apa yang kita fikirkan selalu. Fikirkan boleh!

PRINSIP 80-20

Bagaimana kalau saya katakan anda boleh menjimatkan 2 jam dalam
setiap hari anda. Sudah tentu, bunyinya agak menarik!

Prinsip Pareto ini mengatakan bahawa 20% daripada masa yang di
ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah untuk 80% hasil
daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain, produktiviti anda
akan menurun selepas 20% masa anda diambil!

Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaat
anda?

Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas,
bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategi
bagaimana anda perlu menangani tugas tersebut. Apabila anda sudah
bersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasan
tersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda data
menyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam...
atau 2 jam. Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya.

Kemudian, berhenti! Ya... berhenti dari melakukan tugasan tersebut.
Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yang
benar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut. Namun, kerja
tersebut sudah 80% siap!

Apa yang anda perlu laku kini adalah, alihkan perhatian anda kepada
kerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perlu
hiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang sama
iaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perlu
diambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasan
yang lain.

Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80%
daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja. Selepas
kesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasan
asal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan anda
sudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkat
semula.

Dengan menggunakan strategi Pareto ini, anda pasti teruja dengan
kecekapan anda menangani masa menyiapkan beberapa kerja serentak!

Khamis, 6 Ogos 2009

Ingat kata Mak Su

SALAM.. ..

SYABAS...

Keje2 KAFFAH memerlukan komitmen 24jam...tidur, baring, berjalan, duduk, dan mimpi KAFFAH...tidak semudah pergi ceramah,usrah, demo dan segala aktiviti jemaah yang pernah kita lalui sebelum ini...

Memerlukan pemikiran yang kreatif dan kritis dengan membanyakkan pembacaan buku2 berkaitan pemikiran Islam dalam pendidikan seperi karangan Dr Zawawi Ahmad, Harun Yahya, serta tentang tafsir2 al-Qur'an yang membentangkan i'jaz ilmi serta sentiasa berhubung dgn Allah swt serta memohon hidayah dari-Nya. Renungi sejarah Imam Bukhari meriwayatkan 1 hadith bersamaan 1 solat istikharah.. .Bagaimana pula kita...

Ketahuilah.. .kerja yg sedang dilalui oleh sahabat dan sahabiyyah semua baru marhalah 1...masih on paper..(proses tarbiyah diri sebenarnya) ..belum lg menemui sasarannya (marhalah 2) dan belum lagi mendapat maklumbalasnya (marhalah 3) dan implikasinya (marhalah 4) yang mengundang pelbagai kemungkinan.

Ana menyeru diri ana dan mengajak sahabat dan sahabiyyah semua merenungi firman Allah yang terkandung dalam surah al-Ankabut: 1-11. Moga menjadi motivasi yang mengentalkan lagi semangat dan daya juang kita semua.

الٓمٓ (١) أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ (٢) وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ (٣) أَمۡ حَسِبَ ٱلَّذِينَ يَعۡمَلُونَ ٱلسَّيِّـَٔاتِ أَن يَسۡبِقُونَا‌ۚ سَآءَ مَا يَحۡكُمُونَ (٤) مَن كَانَ يَرۡجُواْ لِقَآءَ ٱللَّهِ فَإِنَّ أَجَلَ ٱللَّهِ لَأَتٍ۬‌ۚ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ (٥) وَمَن جَـٰهَدَ فَإِنَّمَا يُجَـٰهِدُ لِنَفۡسِهِۦۤ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَغَنِىٌّ عَنِ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٦) وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَنُكَفِّرَنَّ عَنۡهُمۡ سَيِّـَٔاتِهِمۡ وَلَنَجۡزِيَنَّهُمۡ أَحۡسَنَ ٱلَّذِى كَانُواْ يَعۡمَلُونَ (٧) وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ بِوَٲلِدَيۡهِ حُسۡنً۬ا‌ۖ وَإِن جَـٰهَدَاكَ لِتُشۡرِكَ بِى مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ۬ فَلَا تُطِعۡهُمَآ‌ۚ إِلَىَّ مَرۡجِعُكُمۡ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ (٨) وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَنُدۡخِلَنَّهُمۡ فِى ٱلصَّـٰلِحِينَ (٩) وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَقُولُ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ فَإِذَآ أُوذِىَ فِى ٱللَّهِ جَعَلَ فِتۡنَةَ ٱلنَّاسِ كَعَذَابِ ٱللَّهِ وَلَٮِٕن جَآءَ نَصۡرٌ۬ مِّن رَّبِّكَ لَيَقُولُنَّ إِنَّا ڪُنَّا مَعَكُمۡ‌ۚ أَوَلَيۡسَ ٱللَّهُ بِأَعۡلَمَ بِمَا فِى صُدُورِ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (١٠) وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ (١١)
Yang Bermaksud:
Alif, Laam, Miim. (1) Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2) Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (3) Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu. (4) Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah (untuk menerima balasan), maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi) dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (5) Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk. (6) Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh sesungguhnya Kami akan hapuskan dari mereka kesalahan-kesalahan mereka dan Kami akan membalas apa yang mereka telah kerjakan dengan sebaik-baik balasan. (7) Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. (8)Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, sudah tentu Kami akan masukkan mereka dalam kumpulan orang-orang yang soleh (dengan mendapat sebaik-baik balasan). (9) Dan ada sebahagian dari manusia yang berkata: Kami beriman kepada Allah; kemudian apabila dia diganggu dan disakiti pada jalan Allah, dia jadikan gangguan manusia itu seperti azab seksa Allah (lalu dia taatkan manusia) dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu memberi kemenangan kepadamu, mereka sudah tentu akan berkata: Kami adalah sentiasa bersama-sama kamu. (Mengapa mereka berdusta?) Bukankah Allah lebih mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati sekalian makhluk? (10) Dan sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang yang beriman dan sesungguhnya Dia mengetahui akan orang-orang yang munafik. (11)

Intisarinya:

1. Allah tidak akan membiarkan golongan yang sudah mengaku beriman begitu sahaja tanpa diberikan ujian utk membuktikan keimanannya. Kerana golongan seperti ini dahulu lagi sudah diuji dan zahirlah di antara mereka yang benar dan yang mana berdusta dgn kata2nya. Mereka yang melakukan kejahatan (mendustakan kata-katanya) tidak akan terlepas daripada kemurkaaan dan seksa Allah

2. Orang yang benar (mengotakan kata-kata keimanannya) pada perbuatannya akan memperoleh kebaikan untuk dirinya sendiri juga, tidak akan sia-sia, keranan ganjaran Allah sedang menanti dan dosa-dosa mereka akan diampunkan.


Semoga kerja-kerja KAFFAH ini banyak mentarbiyyah kita pada tahap yang lebih tinggi sebagai seorang Murabbi, Muaddib, Muhazzib selain Mu'allim dan Mudarris.

Didoakan semua sahabat sahabiyah terus istiqamah dan serius memikul tugas ini. Moga bebanan itu mampu meringankan kita di dalam kesempitan alam Barzakh dan fitnah di Yaumil Mahsyar. Amin Ya Rabb


Doakan sama ana ni...

wassalam

TKP (sedang berperang di medan ilmi)

pesanan melalui: ahl_kaFfah@yahoogroups.com

aku sendiri pelak dah lama tak turun padang walaupun tempiasnya tetap sampai... Doakan aku masih tetap dilandasan perjuangan ini sehingga ke akhir ... aku juga ingin komited...

Isnin, 22 Jun 2009

13 Wasiat Dr Fathi Yakan

Bila sebut je nama Ustaz Fathi Yakan, pasti akan teringat akan sebuah buku karangan beliau yang telah diterjemah ke bahasa Melayu, ‘Apa Ertinya Saya Menganut Islam’ . Buku yang sering menjadi modul usrah awam, kitab rujukan majlis pengajian di surau/masjid atau bahan utama untuk program orientasi sesuatu institusi.

1. Musuh-musuh Islam kini sedang meletakkan Islam ‘di kandang orang salah’ dan sentiasa mencari peluang untuk menghancurkan ISLam dan kebangkitan dengan apa cara sekalipun.

2. Seluruh umat Islam perlu menanggapi perkembangan yang sedang berlaku kini merupakan satu cabaran besar yang besar dengan penug kesabaran dan berhemah

3. Musuh-musuh Islam tidak akan sedikit pun berdiam dengan perkembangan kesedaran dan kebangkitan Islam yang sedang berlaku di seluruh dunia Islam. Cabaran dan kebangkitan Islam di Palestin, Iraq, Afghanistan dan seluruh dunia Islam merupakan cabaran yang besar yang perlu dihadapi dengan penuh hati-hati.

4. (Politik dalaman Lubnan) Percubaan kuasa besar Amerika Syarikat serta sekutu terdekatnya

Rujukan: Fokus Fikrah 19-21 Jun 2009, Tulisan oleh Dr Syed Azman Syed Ahmad (AJK PAS Pusat)


Sabtu, 20 Jun 2009

MB

Dkt pkul 11 br g. Dlm mamai2 tu g la jugak,sbb dh dkat.xnakla nyesal lak kmudian hari.
'barangsiapa yg bersekongkol dgn org zalim,mereka akan dsambar api neraka'
*(tak jumpe lagi ayat ni dari surat mana)
Kepada sedara2 dlm alif mim nun wau yg masih ingin meneruskan sokongan kepada pemerintahan yg zalim adakah anda telah bersedia menghadapi sambaran api neraka?
pada co: klo nak kim salam ke MB pon patut pesanla kat abah.

Jumaat, 19 Jun 2009

Cakap

Byk cakap byk salahnya, byk salah byaklah dosanya, banyak dosa nerakalah tempatnya

Isnin, 8 Jun 2009

Tuntut Ilmu

"Tuntutlah ilmu walau ke negeri cina"
Ungkapan yang biasa dengar. Siap jadi lirik lagu lagi..

Abah selalu ulang kata tok gurunya:
"Menuntut ilmu tak cukup hanya dengan membaca kitab. Perlu ada tok guru. Berguru dengan kitab tanpa tok guru umpama berguru dengan syaitan. Kerana di situ syaitan akan mengambil kesempatan untuk menyeleweng pemikiran manusia"

Mungkin kat sini baleh jelaskan pentingnya ada kumpulan usrah (taklim, study group). Bukan tak tak perlu baca kitab, tapi baca kitab perlu disusuli dengan rujukan bersama golongan yang arif tentang ilmu yang dipelajari. Jadi setiap orang mesti ada seorang orang arif yang menjadi tempat rujukannya.

Tapii, sekarang aku sendiri tak da naqibah, huuhuu. Ya Allah, jangan Kau biarkan hambaMu yang kerdil ini hanyut di bawah arus dunia tanpa naunganMu..

Dah siap tulis utk post kali ni terbaca pulak soal jawab dengan Dr. Haron Din dalam ruang Kolumnis Harakah yang tajuknya berbunyi: "Belajar tanpa guru,syaitanlah gurunya".
Bila tanya pakcik Google ini je dapat:
http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=49&thread_id=6371
Kali ni tak lepas nak masuk harakahdaily.
Malasnye la nak taip semula artikel tu.. nanti2 lah..
p/s: ada sesape langgan e-Harakah tak? Tolong copy paste,hihii... Malas betui nak taip,huhuuu...

Rabu, 27 Mei 2009

KURSUS KEPIMPINAN REMAJA MUSLIMAH CEMERLANG 2009



24 April 2009
Dewan Terbuka SMK Tok Muda Abdul Aziz
Anjuran : Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Perhubungan Daerah Kuala Kangsar
Disampaikan oleh Al- Fadhil Ustaz Hariz Fadhilah
Perbaiki niat menghadiri kursus disamping bersyukur dijadikan sebagai manusia bukan sebagai binatang
- Puteri Islam menggambarkan seorang wanita solehah spt tokoh Saidina Khadijah,isteri2 Rasulullah & puteri2 Rasulullah
- Teknologi tidak salah, yang salah adalah orang yang menyalahgunakannya

15 Asas jati diri Muslim

1. Mengerjakan tanggungjawab sebagai seorang Islam
a. Tuntut ilmu
b. Tangungjawab dengan Allah sebagai khalifah dalam masa yang sama sebagai hamba
i. Menunaikan perintahnya-solat 5 waktu
1. Berwuduk sebelum solat - knapa perlu berwuduk pada anggota tertentu?
a. Menurut perubatan cina 700 kawasan aktif biologi (kawasan yang
apabila diransang akan beri kesan kesihatan
b. 66 kawasan sangat aktif - 61 adalah di kawasan wuduk
c. 5 lagi dikawasan lebihan apabila berwuduk
d. Kenapa kentut perlu ambil wuduk semula(basuh muka tapi tak
basuh kawasan kentut)?kerana apabila buang angin muka yang malu(muka yang akan disembunyikan)
ii. Pengajaran kisah kematian pemuda berusia 17 tahun di
hospital Oman
a. Dikebumikan dan kuburnya dibongkar semula selapas 7 jam untuk
siasatan punca kematian
b. Mayat mengerikan – beruban seperti orang tua..kesan pukulan
sana sini
c. Apabila ditanya sebab apa – itu merupakan balasan meninggalkan solat
c. Tangungjawab kepada ibubapa
i. Lupe mendoakan sudah cukup dikira sebagai derhaka
d. Tangungjawab kepada guru
2. Yakin dengan kebenaran Islam
a. Tiada agama lain yang dibuat kajian sprt agama Islam–kajian sintifik/perubatan/logic dll
b. Internet mencemuh Nabi apabila meminta umatnya minum air yang telah dimasuki lalat
i. Bukan memberi arahan untuk minum tetapi menceritakan
langkah yang boleh diambil sekiranya air dimasuki lalat
ii. Pelajaran sains ting 3 : lalat terbentuk dari
telur>pupa>larva>lalat
iii. Pakar perubatan perang dunia pertama kaji tentang lalat,
ix. Luka+larva=ammonia+kalsium karbonat
c. Nabi pernah bersabda di masa akan datang dajjal akan menggunakan kenderaan berupa
kelda yang bertelinga panjang di kepalanya bertanda hurufك ف ر
i. Kenderaan (kapal terbang) yang digunakan untuk
menghancurkan bumi-bumi Islam – di dadanya tertulis kalimat KFR – tentera Yahudi+Israel menyerang Iraq
d. Dipetik dari kata-kata pengkaji dari Agama Budha, Profesor Dekan Fakulti Bahasa Sanskrit, Vatprakash Upatayaya:
i. Penterjemah tulisan Sanskrit lama ke bahasa
Tamil/Inggeris
ii. 2 kitab suci agama hindu, Veda dan Kuranas diterbitkan
1300 sebelum kelahiran Nabi Isa ada menyebut:
1. Nama Rasulullah disebut sebagai Kalki Avatar,
Nur Ansamtar,…..
2. Rasullullah berasal dari Badar Shamhal (ada
air,ramai orang datang,ada berhala)
3. Ibunya bernama Sumathi = yang amat
dipercayai = Aminah
4. Bapanya bernama Vishnu Yash = Hamba
Tuhan = Abdullah
5. Mengahwini 12 orang isteri
6. Dikelilingi oleh 10 kalungan (penyokong,10
sahabat yang masuk syurga)
iii. Kayapal dan Ananda – anak murid kesayangan
Gauthama Budha
Pesan yang ditinggalkan
1. Dia bukanlah penyampai yang terawal
terakhir
2. Pendapat ada menyatakan kemungkinan
baginda salah seorang nabi tetapi ajarannya telah dipesongkan
e. Kajian Ingrit Matson, wanita putih , Phd Islamic Study
i. Surah Fathir ayat 24
f. 1985: Berita Harian – Nama Pelik : nama yang maksudnya entah ape – nama isteri +
puteri2 Nabi dianggap kuno
3. Menyertakan Ilmu dengan amal
4. Jaga amalan zahir & batin
5. Memenuhi syarat penerimaan amalan (tawaduk)
6. Berbeza dengan bukan Islam
7. Menghayati tuntutan dua kalimah syahadah
8. Berpegang teguh dengan sunnah Nabi
9. Menjauhi amalan bid’ah
10. Jangan memperkecilkan ajaran agama
11. Berpegang dengan orang salaf (orang terdahulu)
12. Mengaktifkan menara kawalan
a. Hukum diri
i. Aku mesti habiskan 3 juz
ii. Tak boleh makan tapi sedekah
b. Motivasi diri
13. Mengenali musuh utama
a. Orang mukmin sentiasa diserang 5 benda
i. Mukmin yang shudur (khianat/hasad dengki/santau)
ii. Munafiqun yang mughidun(yang benci/talam dua muka)
iii. Adayun muqatidun (musuh yang sentiasa menyerang)
iv. Syaithonul yulhidun(syaitan yang menyesatkan)
v. Nafsu yang membawa kejahatan – surah yusuf ayat 56
14. Menguatkan benteng pertahanan diri
a. Akidah dikuatkan
b. Ibadah dengan rasa hamba
c. Baca kisah-kisah muslimat hebat – Rabiatul Adawiyah bercinta dengan Tuhan
15. Memasang angan-angan Islami
a. Nak jadi Islam yang terbaik
b. Nak buat sesuatu untuk Islam
c. Tingkatkan kualiti diri / ketakwaan
p/s: terima kasih pada PK KOKU bagi aku peluang jadi guru pengiring.rugi sape yang mengelak utk pergi kursus...