Khamis, 25 Jun 2009

kuranggg lagiiiiiiiiii…

uwaaaa…… ni nak nanes ni. Kak eni pakat nak tukar sesame ngan saye.. Tapi sekang akak dlu tukar dlu sebelum saya… Tinggei saya…..

Kurangla defender saya kat ofis pasni. Defend saya dari 3 ekor itu….huhuuuu

Pasni tak de la orang nak nasihat saya dah:

“Nanti kamu, jangan ni… ni… ni…”

Tak de la orang nak begosip ngan saya:

“Kamu tau tak? Dot… dot.. dot….”

(Bukan mengumpat ek)

Harap kat Nenek Limah(idola Balqis, mungkin idola saya gak kot,hehe…) tu, tak dela, dia sebuk ngan keje dia je….

Kak Limah pun nak pencen tak lama lagi dah..

Esok nak ikut gak kome jalan ipoh, pehtu anto saya balik kuale,hehe…

Demolani lagi...

Macam-macam budak sekarang

Kes 1:

“”Saya dah byk orang buat cikgu…”” Apa saya nak kata?” Sampai menangis si kaunselor bercerita... Kecewa dan terkejut dengan jawapan pelejar tersebut.

Kes 2:

Melayu perempuan (Islam) bercinta dengan lelaki india (hindu)

Ni baru 2 kes. Cite budak2 hitam takyah kira la…

Kecewa pun tak guna. Kes 2, aku sendiri pernah panggil n cakap personal tahun lepas. Tapi ape sangat lah yang aku boleh buat. Benda main soal hati dan perasaan. Pendidikan keimanan sahaja yang boleh menyelamatkan. Pendidikan keimanan itu adakah tanggungjawab cikgu di sekolah saja. Adakah sekolah agama dapat menyediakan pendidikan keimanan ini.. Adakah salah ibu yang mengandung? Adakah foktor virus merbahaya (rujuk post pertama) tersebar satu Malaysia ataukah faktor ketahanan yang lemah?

Selasa, 23 Jun 2009

Duit..duit..

Menunggu gaji dan claim yang dah 2 bulan tak masuk..
Duit minyak tak de ni nak g meting lagi...
Bila tanya kak limah, senang je jawabnye: "Kerajaan tak de duittt..."
Haha.. sokongla lagi kerajaan. Kerajaan yang awal2nya bersungguh mempertahankan dan memberi jaminan Malaysia tidak akan terjejas dengan masalah ekonomi global.
Ops.. nanti gaji aku tersekat,heheh..
Lagi satu dalam 6ribu lebih yang mohon untuk KPLI, hanya 2ribu lebih je tempat yang disediakan utk One Malaysia. Betulke 2ribu je cikgu tak cukup One Malaysia? 2ribu tu bukan satu negeri ke? kalu dah satu daerah dalam 400.. Takkan selamanya nak lantik cikgu kontrak je.. haa haa, ini mesti ada sebab ekonomi gak..

p/s:Apepun bersyukur aku dah keje, tapi tak sah lagi..


Sabar

“Sabojelah”

Jika zaman sekolah endah dulu ustazah akan tegur bila ada dengar kengkawan yang sebut perkataan itu. Menurutnya sabar itu sifat mahmudah. Tidak elok diikuti dengan perkataan ‘jelah’ yang seolah–olah mempersendah dan memeperlekeh sifat mahmudah itu. Sedang sifat mahmudah itu sukar diserapkan dalam jiwa. Namun ianya sifat yang amat tinggi ganjarannya.

“Pempuan ni kene banyak sabo”

Buah bicara yang sering kudengar dari orang2 yang berpengalaman. Macam2lah ceritanya yang didengar dan responnya tidak terluah. Nak kata dunia ni tak adil tetapi Allah itu Maha Adil.

Sesungguhnya aku takut serta tidak beryakin untuk memikul beban amanah ini… Aku hanyalah berasal dari rusuk yang bengkok. Yang mustahil untuk diluruskan. Yang memerlukan bimbingan yang bukan sedikit.

MENCABAR KESABARAN

Biasa dengar? :

1.“Kesabaran aku ada hadnya!”

Adakah kesabarannya yang tercabar? Ataukah egonya yang tercabar?

2.“Sampai bila ko/aku nak sabar?”

Adakah kesabaran itu ada penamatnya? Wajarkah kesabaran ditamatkan? Berbaloikah menamatkan kesabaran?

3.“Ini tak boleh jadi, ko/aku tak boleh sabar saje, tak boleh biar je!”

PENYELESAIANnya hanya satu:

Assobru minal iman = sabar itu sebahagian dari iman.

Sanggupkah kamu membiarkan iman tercabut dari dirimu? Sangguppkan kamu membuang tiket ke syurga dan menggantikan tiket ke neraka.

Innallaha ma’assobirin = Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar.

Kata2 itu hanyalah bisikan syaitan yang sentiasa mencari ruang dan pelaung untuk menyesatkan manusia. Banggakah kamu menggembirakn syaitan dengan menjayakan misi2nya. Misi mencari sebanyak mungkin rakan satu tempat tinggalnya di akhirat.

Walau macamana sukar sekali pun, kesabaran itu penting untuk mengecapi kemanisan iman. Berusahalah! Kambate!

Terima kasih buat kawan yang berkorban untuk kebaikanku.

Siapa Aku

“Siapa sebenarnya Aku?”

Persoalan yang sering berlegar2 dalam kepalaku sejak Hari Pekerja itu. Adakah aku seperti lagu ini.

Aku bukanlah yang terbaik. Aku bukanlah hebat apatah lagi yang terhebat. Aku hanyalah manusia biasa bukan robot yang punya perasaan. Juga bukan malaikat. Tapi hanyalah manusia yang lemah dengan khudrat apatah lagi kuasa. Makhluk yang dipinjamkan. Beserta dengan zat-zatNya juga dipinjamkan sementara.

Jauh dalam hatiku masih terpendam cita2 menjadi sufi. Sufi yang haraki. Haraki yang menempa jalan menuju syahid. Walaupun aku sedar sufi haraki sangat jauh dariku. Aku sering tewas dengan bisikan2 syaitan yang mengagalkan cita2ku. Masihkah ada ruang peluang untuk kumenjejakinya.

Isnin, 22 Jun 2009

Meredah hujan lagi.. Entah bilala nak beli baju hujan…

Jangan hujan asid sudahla...

glamer?

Glamour girl

Dlm kehidupan kita seharian pasti kita sedar kebanyakan rancangan tv berunsur hiburan,menyanyi dan sebagainya. Kenapa wanita suka membeli majalah hiburan? Apakah perkara yg dicari dlm majalah wanita oleh wanita yg membelinya?
Kenapa ya ramai perempuan hari ni xsolat? Dan xmalu?
Mungkin nak glamer kot.. Kata ustz sms pengajian di surau : perempuan yang berpakaian ketat adalah perempuan yang tidak punya akidah. memang benar tak punyai akidah membuatkan seseorang hilang malu. juga menyebabkan orang itu meninggalkan solat.
Ada sesiapa tahu apa jawapan yang lain?

Eskimo



2 orang eskimo tersesat di kg paya ranggam

inilah kejenye bila dapat pen dan kertas

binatang peliharaan deno, entahmana dapatnya..

Sifu

En Zahar, pensyarah sistem admin masa kat u.. Mujur pas paper dia,huhuuuu...
Alhamdulillah.
Cikgu Rahman Najib, English Teacher.
Aku tak dapat fokus bengkel kali ni, walaupun ini bengkel yang ku tunggu2. Dengan penuh kebluran aku sedaya upaya cuba menepis segala ganguan yang mengganggu fokusku. Boleh ker aku nak praktikkan semula pada komputer-komputer di sekolah yang dah sedia lingkup,hehe..

Sufi haraki

Malu rasanya untuk mengakui yang diri ini ingin mencapai sufi yang haraki. Sering mengalah dengan hujah-hujah yang menggadai prinsip kesufian. Tambahan pula sering meloloskan diri dari kerja-kerja haraki. Tapi tak malu pula nak ngaku diri dae ilallah (pendakwah), sedangkan apalah sangat keje-keje dakwah yang dilakukan.

Kembalikanlah akalku yang waras. Ya Allah, tunjukkan daku jalan yang lurus, jalan yang Kau redhoi, jalan org2 yg telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan yg dimurkai, dan bukan pula jalan mereka yang sesat…

13 Wasiat Dr Fathi Yakan

Bila sebut je nama Ustaz Fathi Yakan, pasti akan teringat akan sebuah buku karangan beliau yang telah diterjemah ke bahasa Melayu, ‘Apa Ertinya Saya Menganut Islam’ . Buku yang sering menjadi modul usrah awam, kitab rujukan majlis pengajian di surau/masjid atau bahan utama untuk program orientasi sesuatu institusi.

1. Musuh-musuh Islam kini sedang meletakkan Islam ‘di kandang orang salah’ dan sentiasa mencari peluang untuk menghancurkan ISLam dan kebangkitan dengan apa cara sekalipun.

2. Seluruh umat Islam perlu menanggapi perkembangan yang sedang berlaku kini merupakan satu cabaran besar yang besar dengan penug kesabaran dan berhemah

3. Musuh-musuh Islam tidak akan sedikit pun berdiam dengan perkembangan kesedaran dan kebangkitan Islam yang sedang berlaku di seluruh dunia Islam. Cabaran dan kebangkitan Islam di Palestin, Iraq, Afghanistan dan seluruh dunia Islam merupakan cabaran yang besar yang perlu dihadapi dengan penuh hati-hati.

4. (Politik dalaman Lubnan) Percubaan kuasa besar Amerika Syarikat serta sekutu terdekatnya

Rujukan: Fokus Fikrah 19-21 Jun 2009, Tulisan oleh Dr Syed Azman Syed Ahmad (AJK PAS Pusat)


Anak Tunggal

Harini merasa jadi anak tunggal jap. Adik2 kecik abah tinggalkan kat rumah opah. Entah ape mimpi ringan pulak hati abah membenarkan diorang bermalam di rumah opah. Mungkin sebab ada keluarga Pakcu Talib. 2 adik lagi dok asrama. Co, Anas, Nukman, jangan jeles ye.. sape suh kome tak balik kampong. 12 malam lebih baru balik dari rumah opah. Abah singgah lak kat kedai makan baru, Kak Dah. Mate dah tak boleh nak bukak dah ni, siang tadi tak tido. Sampe je balik dari sekolah (+repair moto skit+bawak Deno shoping barg dia) petang tadi, umi suh bawak opah d kutip macang. Aso kat rumah opah n tido rumah opah. Sampai umah opah lak umi talipon suh adik siap2 mandi nak g umah opah lagi satu. Dia dah balik dari KL. Sebesalah lak nak tinggal opah yg ade depan mate. Mujur ada pakcu yan. Kabarnya pulak Mak Jang nak balik. Adala alasan. Adeke patut pakcu…

Dalam pada tu kagum gakla ngan abah. Dalam tak da orang pun tetap menjalankan rutin minggu di pagi Ahad seperti biasa. Sampai sekarang tak pasti la ape sebenarnya nama aktiviti tu. Mak Tak ngan Pak Jang kata “Ta’lim”. Umi kata ini mcam “usrah”. Abah lak kata in “syura”. Sampai sekarang tercari2 ape maksud “Ta’lim”? Pagi ni sudah sampai terjemahan surah Al-Muthaffifin (orang yang curang dalam timbangan).

Mase ambil ayo minum sebelum kuor g kutip doroyan, abah kata: “Terasa ya sunyi sepi dunia”. Abah pon terasa kesunyiaannya. Patutla sekarang tak heran sangat klo 3 yang kecik sering menghuru harakan rumah. Opah pulak selalu naik runsing,tak le dok lama rumah ni.

Manakala kejadian di rumah Mak Teh sebelah lak. Pokok kelapa yang hanya tinggal batang tanpa daun tumbang timpa bumbung rumahnya. Aku perasan pon mase sidai kain dengar bunyi burung belatok lain macam. Klo kira2 dengan mata kasar dari jauh nampak ada 4 lubang sarang burung belatok pada batang pokok tu.. Bila tanya Mak Teh bila jatuhnya. Baru je tadi mase dia basuh kain. Pokok tu pun dah repot sangat, nampak ada sarang anai2.

Kesan bumbung kene pokok kelapa.Lupe lak nak amik gambar masa masih ada pokok kelapa.

Jom pakat2 balik kampong. Skg musim buah. Sape lambat tak merasa…

Usrati

Usrati, usrati… (geleng ple jela)

RasulluLLAH sebelum wafatnyamenyebut:

Ummati.. ummati..

Ummati.. ummati..

Ummati.. ummati..

Jelas betapa sayangnya RasuluLLAH terhadap umantya. Tapi umatnya kini sering melakukan sesuatu yang mengakibatkan Baginda tidak mengaku umat. Inikah balasan yang sewajarnya terhadap cinta RasuluLLAH.

Mengharapkan syafa’atnya di akhirat kelak tapi meningglkan sunnahnya. Tak malu kah aku?