Isnin, 22 Jun 2009

Anak Tunggal

Harini merasa jadi anak tunggal jap. Adik2 kecik abah tinggalkan kat rumah opah. Entah ape mimpi ringan pulak hati abah membenarkan diorang bermalam di rumah opah. Mungkin sebab ada keluarga Pakcu Talib. 2 adik lagi dok asrama. Co, Anas, Nukman, jangan jeles ye.. sape suh kome tak balik kampong. 12 malam lebih baru balik dari rumah opah. Abah singgah lak kat kedai makan baru, Kak Dah. Mate dah tak boleh nak bukak dah ni, siang tadi tak tido. Sampe je balik dari sekolah (+repair moto skit+bawak Deno shoping barg dia) petang tadi, umi suh bawak opah d kutip macang. Aso kat rumah opah n tido rumah opah. Sampai umah opah lak umi talipon suh adik siap2 mandi nak g umah opah lagi satu. Dia dah balik dari KL. Sebesalah lak nak tinggal opah yg ade depan mate. Mujur ada pakcu yan. Kabarnya pulak Mak Jang nak balik. Adala alasan. Adeke patut pakcu…

Dalam pada tu kagum gakla ngan abah. Dalam tak da orang pun tetap menjalankan rutin minggu di pagi Ahad seperti biasa. Sampai sekarang tak pasti la ape sebenarnya nama aktiviti tu. Mak Tak ngan Pak Jang kata “Ta’lim”. Umi kata ini mcam “usrah”. Abah lak kata in “syura”. Sampai sekarang tercari2 ape maksud “Ta’lim”? Pagi ni sudah sampai terjemahan surah Al-Muthaffifin (orang yang curang dalam timbangan).

Mase ambil ayo minum sebelum kuor g kutip doroyan, abah kata: “Terasa ya sunyi sepi dunia”. Abah pon terasa kesunyiaannya. Patutla sekarang tak heran sangat klo 3 yang kecik sering menghuru harakan rumah. Opah pulak selalu naik runsing,tak le dok lama rumah ni.

Manakala kejadian di rumah Mak Teh sebelah lak. Pokok kelapa yang hanya tinggal batang tanpa daun tumbang timpa bumbung rumahnya. Aku perasan pon mase sidai kain dengar bunyi burung belatok lain macam. Klo kira2 dengan mata kasar dari jauh nampak ada 4 lubang sarang burung belatok pada batang pokok tu.. Bila tanya Mak Teh bila jatuhnya. Baru je tadi mase dia basuh kain. Pokok tu pun dah repot sangat, nampak ada sarang anai2.

Kesan bumbung kene pokok kelapa.Lupe lak nak amik gambar masa masih ada pokok kelapa.

Jom pakat2 balik kampong. Skg musim buah. Sape lambat tak merasa…

Tiada ulasan: