Sabtu, 14 Disember 2013

Mulia budimu


Muga dikurniakan hidayah Allah buatmu. 
Saudara ini sedang menunggu di hadapan surau di rnr. Dalam surau berkenaan mungkin rakannya mendirikan solat subuh. Sebelum itu, kelihatan beliau memimpin rakannya itu.  Rakannya adalah oku penglihatan. 

Petua hilangkan minyak hitam pada pakaian

Di sini dicatatkan beberapa hasil carian google:
1. Jika didapati pakaian kita ada kesan minyak, jangan dibasahkan pakaian tersebut dahulu. Maksudnya biar pakaian itu dalam keadaan kering. Kemudian ambil sabun mandi, tidak kira sabun apa. Seterusnya oleskan atau sapukan sedikit pada kesan minyak itu dan kemudian gosok/gonyoh. Gosoklah sehingga kesan minyak itu hilang. InsyaAllah, pakaian itu akan bersih seperti sebelum ini. - See more at: http://hairul.com/blog/petua-cara-menghilangkan-kotoran-minyak-pada-pakaian/#sthash.jOkK214U.dpuf

2. Memang sukar untuk menghilangkan minyak hitam yang melekat pada pakaian tetapi ada cara mudah untuk membersihkan kotoran itu. Sapukan sedikit marjerin di tempat yang kotor. Gosok dan bilas. Anda akan dapati kesan minyak hitam hilang dengan mudah. Selamat mencuba.
http://www.tasik-puteri.com/forum/index.php?topic=2171.0

3. ok...selain dari guna clorox,ada jugak yang gunakan sabun mandi...tapi kali ni ani  gunakan sabun pencuci pinggan.ala...yang macam ekzion>sebut betul2...hehehe...<tu....ok...ni caranya...
 .biarkan kejap dalam 5-10 minit.pas tu berus la hingga bersih...tapi seluar naim ni tebal betul kena minyak nya....jenuh nak berus....
http://ceritaummianie.blogspot.com/2012/02/hilangkan-minyak-hitam-pada-pakaian.html?m=1

4. Minyak gris biasanya sukar ditanggalkan jika terkena pakaian. Titiskan satu sudu minyak tanah dan kemudian sapukan rata-rata bersamaan sedikit sabun serbuk atau buku. Biar seketika dan kemudian sental kuat-kuat. Ulangi beberapa kali sehingga kesannya hilang.
https://m.facebook.com/JubahForKids/posts/462638780497617

5. Tenyeh bedak atau tepung sebelum dibasuh. Kemudian sental dengan sabun mandi. ~maklong norhizan

Alkisahnya saya sudah pun menyental secara hentam keromo dan bertawakal campak masuk mesin.  Bila sudah dikeringkan dan dilipat kesan hitamnya masih ketara.  Sekarang baru terfikir nk tanya pakcik google. Huhu sayangnya baju mahal itu baru dua kali pakai. Ada sesiapa boleh cadangkan penyelesaian yg lebih bernas? 

Gambar selepas kali kedua sental dan basuh