Sabtu, 14 Disember 2013

Petua hilangkan minyak hitam pada pakaian

Di sini dicatatkan beberapa hasil carian google:
1. Jika didapati pakaian kita ada kesan minyak, jangan dibasahkan pakaian tersebut dahulu. Maksudnya biar pakaian itu dalam keadaan kering. Kemudian ambil sabun mandi, tidak kira sabun apa. Seterusnya oleskan atau sapukan sedikit pada kesan minyak itu dan kemudian gosok/gonyoh. Gosoklah sehingga kesan minyak itu hilang. InsyaAllah, pakaian itu akan bersih seperti sebelum ini. - See more at: http://hairul.com/blog/petua-cara-menghilangkan-kotoran-minyak-pada-pakaian/#sthash.jOkK214U.dpuf

2. Memang sukar untuk menghilangkan minyak hitam yang melekat pada pakaian tetapi ada cara mudah untuk membersihkan kotoran itu. Sapukan sedikit marjerin di tempat yang kotor. Gosok dan bilas. Anda akan dapati kesan minyak hitam hilang dengan mudah. Selamat mencuba.
http://www.tasik-puteri.com/forum/index.php?topic=2171.0

3. ok...selain dari guna clorox,ada jugak yang gunakan sabun mandi...tapi kali ni ani  gunakan sabun pencuci pinggan.ala...yang macam ekzion>sebut betul2...hehehe...<tu....ok...ni caranya...
 .biarkan kejap dalam 5-10 minit.pas tu berus la hingga bersih...tapi seluar naim ni tebal betul kena minyak nya....jenuh nak berus....
http://ceritaummianie.blogspot.com/2012/02/hilangkan-minyak-hitam-pada-pakaian.html?m=1

4. Minyak gris biasanya sukar ditanggalkan jika terkena pakaian. Titiskan satu sudu minyak tanah dan kemudian sapukan rata-rata bersamaan sedikit sabun serbuk atau buku. Biar seketika dan kemudian sental kuat-kuat. Ulangi beberapa kali sehingga kesannya hilang.
https://m.facebook.com/JubahForKids/posts/462638780497617

5. Tenyeh bedak atau tepung sebelum dibasuh. Kemudian sental dengan sabun mandi. ~maklong norhizan

Alkisahnya saya sudah pun menyental secara hentam keromo dan bertawakal campak masuk mesin.  Bila sudah dikeringkan dan dilipat kesan hitamnya masih ketara.  Sekarang baru terfikir nk tanya pakcik google. Huhu sayangnya baju mahal itu baru dua kali pakai. Ada sesiapa boleh cadangkan penyelesaian yg lebih bernas? 

Gambar selepas kali kedua sental dan basuh

12 ulasan:

Unknown berkata...

Baju sekolah anak saya kena minyak hitam. X tahu la mcmana boleh kena. Nak try tips2 ni la. Harap2 hilang. Sakit mata tengok. Tq ye sbb kongsi tips ni..

Unknown berkata...

Baju sekolah anak saya kena minyak hitam. X tahu la mcmana boleh kena. Nak try tips2 ni la. Harap2 hilang. Sakit mata tengok. Tq ye sbb kongsi tips ni..

Unknown berkata...

Baju sekolah anak saya kena minyak hitam. X tahu la mcmana boleh kena. Nak try tips2 ni la. Harap2 hilang. Sakit mata tengok. Tq ye sbb kongsi tips ni..

Unknown berkata...

Terima kasih ats perkongsian , perkongsian yang berguna =)

Unknown berkata...

Kalau dh selua pomen cane nk sentalnye.. Mmg penohla minyak itam kt selua tuuu,adeh

Unknown berkata...

Kalau dh selua pomen cane nk sentalnye.. Mmg penohla minyak itam kt selua tuuu,adeh

tokwan berkata...

Gunalah pencuci supermom...

tokwan berkata...

Gunalah pencuci supermom...

Jun berkata...

Terbaik 🖒

Unknown berkata...

suami saya kerja mekanik..jd baju sllu kena minyak hitam..saya rimas dengan kesan minyak hitam..jadi saya gunakan sabun pencuci pinggan jenama eziclean..rendam semalaman..kemudian bilas seperti biasa..

Unknown berkata...

saya ada cara yang lagi senang pada pendapat saya. Gunakan colgate dan letak sedikit serbuk garam biar larut seketika. Insyaallah boleh membantu. SELAMAT MENCUBA!

Unknown berkata...

TAPI BAJU PUTIH SAHAJA.