Selasa, 11 Oktober 2016

Kek kurma


KEK KURMA MOIST TANPA TELUR
Resepi : Aludra (Myresepi)  
Sumber : Nuri & MaDiHaA aka Ratna

 ( 18cm )

Bahan2 
  • 3/4 cawan susu kotak/UHT
  • 3/4 cawan gula halus (MaDiHaA kurangkan sukatan & gunakan gula perang)
  • 1/2 cawan minyak sayuran/masak
  • 1 cawan tepung gandum
  • 18 biji kurma yg lembut (kalau kurma keras, boleh rendam dgn susu semalaman)
  • 1 sudu teh baking soda (soda bikarbonat) (MaDiHaA ayak bersama2 tepong gandum)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 genggam kecil gajus/cashew nut (optional) (MaDiHaA tak letak non stock)

Cara-cara


  1. Buang biji kurma dan kisar kurma hingga halus dengan sedikit air. (MaDiHaA kisar terus dengan susu & minyak sayuran)Masukkan kurma dalam bekas mixing.
  2. Masukkan bahan cair tadi, minyak, gula dan susu. Biarkan gaul hingga sebati. Masukkan tepung, baking soda dan esen vanilla. Cashew nut tu ditumbuk halus dan campurkan. Kalau tak suka tak payah, tapi cashew ni bagi kek rasa lemak2 gitu.
  3. Bakar kek dalam 35 minit pada suhu 180C. Kalau kek tak melekat kat lidi, dah masak la tu. Selamat Mencuba.
Full copypaste dari dari blog mamawadiha.blogspot.com

Ahad, 15 Mei 2016

Resepi adik beradik roti arab.

15/05/16 12:50:43 PTG:
Fathayir 
2 cawan tepung
2 sudu besar gula
2 sudu besar yis 
Sedikit garam
3 sudu besar susu tepung
2 cawan air suam
-Gaul semua bahan di atas. Tutup doh dan simpan di tempat yang bersuhu suam dalam 10 minit sehingga doh naik.
-Bila doh dah naik, masukkan lagi 3 cawan tepung dan 1/2 cawan minyak. Adun doh sehingga sebati dan simpan lagi dalam 10 minit sehingga doh naik.
-Adun doh lagi sekali. Ambil dalam segenggam doh dan mula bentukkan mengikut citarasa bersama inti yang telah disediakan. 
-Masukkan dalam oven bersuhu 180c selama lebih kurang setengah jam.
-Siap dan boleh hidang. Sesuai untuk dimakan setiap masa.
*Susu tepung dan air suam di atas boleh digantikan dengan 2 cawan susu segar suam.
15/05/16 12:52:33 PTG: Hari tu Fatin bubuh cheese campur zaitun dan daun pudina. Hari ni bubuh inti daging dan inti ubi kentang berempah.
15/05/16 12:53:53 PTG: Doh yang lebih boleh balut dalam cling wrap dan simpan dalam freezer. Bila nak guna thawed je. Doh akan kekal lembut.

Ahad, 20 Mac 2016

Rahsia beras








Belajar bersyukur

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

Allah menjamin rezekiku, sejak 9 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.

Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"

Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...

Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.

Bila aku iri pada rezeki orang, sudah seharusnya juga iri pada takdir kematiannya.



Sumber: perkongsian fwd ws

Rabu, 16 Mac 2016

Pati ayam / stok ayam buatan sendiri

16/03/16: Fatin Hakemah Mohd Arshad: Resepi mak mertua; 1 ekor ayam+1 biji bawang besar+5 ke 6 biji buah pelaga+2 3 helai daun bay. Rebus sampai ayam kelihatan masak. Đah siap sejukkan dan simpan dalam fridge atau freezer bergantung pada penggunaan

16/03/16: Fatin Hakemah Mohd Arshad: Resepi Fatin adapted dari resepi Jamie Oliver 🤓; ayam+bawang besar+biji pelaga+daun bay+carrot+celery dan thyme leaves kalau ada

16/03/16: Fatin Hakemah Mohd Arshad: Jamie Oliver punya resepi lagi lengkap. Pernah cuba sekali memang sedap.

16/03/16: Fatin Hakemah Mohd Arshad: Stok daging pun Fatin guna bahan yang sama. Memang sentiasa buat sebab memang guna

16/03/16 1:05:52 PG: Fatin Hakemah Mohd Arshad: Ayam dari renehen stok tu boleh guna samada dalam sup atau rencik untuk makan dengan roti. Gaul dengan rempah bbq dan extra lada hitam

16/03/16: Fatin Hakemah Mohd Arshad: Tak pun goreng/bakar. Gaul ayam dengan vinegar, serbuk garlic, lada hitam dan garam. Sedap 😇



Thank sangat fatin for sharing. Kita simpan sini ya tips ini supaya saya mesti buat ini.