Sabtu, 6 Jun 2009

Mana Mewahnya Opah??

Anggaran perbelanjaan Opah...

1. Mesin Basuh + Rice Cooker (RM800.00)
Bila tanya: Sape belanja opah beli mesin basuh
Jawabnya: Paklah
Bertanya lagi: Baik pulak Paklah ngan opah
Jawabnya: Klau boleh nak kawin ngn Paklah tu, tapi mana nak buatnye (gurau je kot,tak pon perli)
Menambah pulak: Tapi kan Paklah tu pilih Jin
Jawabnya: Takut opah jin.. Klau boleh taknak ada dalam rumah.

Ada sesape rase opah tak patut ada mesin basuh?
Sape yang berani, tolong basuhkan kain baju opah setiap hari..
Rumah kome pon kome nak mewah2, siap ada mesin urut la. Opah tu sendiri urut je la..

2. Bil Talifon (Biasanya tak sampai RM30 sebulan)
Penculik2 talipon opah yang selalu curik guna talipon opah hingga bilnya cecah RM50. Lepas ni sesape nak guna tepon opah bayar bil kat Kak Yong,huhuuu..
Kepada Amin, belum keje jangan nak mengatal guna henpon..
Ada hati cube buat share dgn npon opah..
Sape pulak yang gatal tangan g set lagu ntah hape2 kat calleringtone opah..
Aku gak kene bayar RM3/bulan..

Ada sesape rase opah tak patut guna handset?
Sape yang berani fikir macam tu buang dulu handset sendiri..

3. Yuran Pondok (RM90)
Impian opah nak buat pondok kat Parit Buntar pulak.

4. Bil Air + Bil Api (tak tanya la pulak berapa)

5. Makan + Minum + Kos pindah randah

6. Pakaian

7. Kos perubatan.
Walaupun ada pencen. Untuk banyak perkara jugak tetap perlukan perbelanjaan.

8. Dan lain-lain yang akan dinyatakan dari masa ke masa..

Sekali sekala dengarla rintihan opah. Esok masing2 akan jadi tua jugak. Hari tua yang macam mana pun kita tak tau.
Tak nak bagi duit kat opah pun bagi la beras ke, susu ke, byrkan bil air,api,yuran pondok ke,belikan vacum ker,penapih ayo ker,belikan baju,kasut ker.

Cubalah buat kira2 setakat pencen tak sampai RM200 tu dapat ke tampung sebulan perbelanjaan opah. Nampak opah selalu telan air liur je bila kawan2 pondoknya boleh kutip derma banyak2. sedangkan anak2nya tak kurang hebat jugak pekerjaannya.

ade lagi... lain kali edit,huhuuuu

Khamis, 4 Jun 2009

Prinsip


Prinsip Asas Kami

Islam -Matlamat Kami
Allahu Akbar -Seruan Kami
Al-Quran -Perlembagaan Kami
Jihad -Perjuangan Kami
Syahid -Cita-cita Kami
kami tu sape ye.....

Takut

Yang paling aku takuti:

1. Kemurkaan ALLAH
2. Kawan menjadi musuh
3. Mati dalam kekufuran
4. Tergolong dalam golongan munafik antaranya disebabkan mungkir janji

Jadi kenela berusaha supaya perkara ini tidak berlaku.
Langkah-langkah yang boleh diambil:

1. Doa
2. Memanjangkan silaturrahim
3. Kurangkan menabur janji

lagi... lagiii... ada cadangan?

Malas

MalasKenapa kamu malas belajar ?

1. Tiada tumpuan (petang ni boleh lepak kt kafe siber!)
2. Kuat termenung
3. Kaki tidur
Malas bertanya sesat jalan
Malas berkayuh perahu hanyut
Malas belajar gelap masa depan

Selasa, 2 Jun 2009

Bosan

Bosannya asyik cerita tentang diri sendiri...
Pernah dengar di satu ceramah (di mana dah tak ingat) ada kata: orang yang selalu menceritakan tentang dirinya sendiri adalah orang yang sombong.
Ceramah tentang public speaking tak silap..

Isnin, 1 Jun 2009

Kenduri ke walimah ni, Uya?

Penuh dengan adat dan protokol,..
kontrol habisss.. (dimana kemerdekaan, huhuuu...)
Ayu2 belaka kawan2 aku la ni...
Aku gak tak habis2 kena bebel..

-anak sape la kat tengah2 tu....

Macam tak percaya..

Orang2 yang dah 10 tahun tak jumpa boleh jumpa kat cni:

Nurul Salwa (selalu dapat no.1, susah nak amik tempat dia,huhuhuuu)
Asidah
Rohaizat (pesaing markah tertinggi paper mate dgn sorang lagi Nurul Faisal)
Dapat jumpe putera kepada Ainen jugak (dah 2bln,tapi kecik je) cepat2la besar...

Ramai jugak lagi yang tak sempat jumpe sbb balik awal..