Jumaat, 14 Ogos 2009

Murah rezki hendaknya

yeah, naik gaji lagi bulan saploh ni.. sempena bulan betuah,hehe.. tenQ, 10Q, kak limah..
bape sen je naik.. jadilah ada gak kenaikan dari tak dak lansung.. bebanyak naik pun,nanti cecah level kene byr cukai laks..sorile bab2 cukai ni, teman kedekut skit..bio gaji skit,jgn kene bayo cukai..
byk entry utk hari ni, mcm tak de keje je,hehe...gaji nak lebih,keje malas2 laks,huhuu.patut ker?

besday girl

malas nak cerita ... tengok je lah
vanitha yg memalu .. cabut lari sampai kuar bila diambil gambar.. bleh harap budak neyh walaupun dok kelas peralihan..aku rase dialah ahli rumah satria yg paling komited. jadik mangsa bulik aku yang pemalas nih.

huh... pakat begendang belake.. aku ade kat depan buat dek je deme macam aku tak der..siap ade lak bdk pempuan tegedik2 tak tau malu..isk..isk..isk..saper la mak pak nyer. ops patut tanyer saper cikgu nyer..


konsert harijadi la kunun.. siap merayu2 ket aku jgn report ke HEM.. aku tahan pekak telinga tanpa rela jelah... siap menari tak hingat donia, cam kene rasuk pun ader.. jampi doa kebal sesiap,huhu... ade sesape bleh tulun translet ape maksud lagu budak tuh nyanyi?

besday girl dipaksa menari oleh ketua kelasnyer

turn ketua kelas lak dipakse menari oleh kengkawannyer..

kate malas cerita, tercerita la pulak.hehe..
baru je minggu lepas aku puji budak2 kelas ni bebaik..hamik kau minggu ni dah macam hantu bile aku kene masuk sekali lagi kelas deme..
Kamu ni Bodoh! Cikgu ajar tak nak dengar!
tersentak gak dengar ade orang cakap g2 mase lintas satu kelas. aku tak tau kelas ape dalam makmal tu..
mintak jauhla dari aku terkeluar ucapan begitu..
bile senior kuar ucapan g2, apa boleh dikate..

Ahlan Ramadhan

1. Ramadhan yang dinanti nantikan
2. Dapat hidup di bulan Ramadhan asalah satu rahmat besar
3. Ramadhan kali ini lebih baik daripada dahulu
4. Bersahurlah
5. Berpuasalah seperti yang dikehendaki Allah
6. Lailatul Qadar : tawaran hebat daripada Allah
7. Sucikan jiwa dengan blan Ramadhan
8. Pintu Syurga dibuka
9. Pintu syurga ditutup
10. Berdoalah agar dapat bertemu lagi Ramadhan

Tajuk mana satu nak pilih ..
taun lepas kene tajuk zakat. tak de pilih2 pun..
kome ade cadanan doks nak pilih tajuk mane?

Khamis, 13 Ogos 2009

Gila punya kerja

Gila punya kerja!!!!!!!!!!!!!!!!!
Last minit baru kasi ini kerja pada aku!!!
Sekolah lain dah berbulan buat keraj ni!!!
ingat aku robot ker mingtak siap dalam 2 3 hari lagi. GIla!!!

ni ghaser nak menyumpah pengetua niiii!!!!!!!!!!!!!!!

Aku menyumpah orang aku yang nanes.huhuu
Tension!
macamanapun aku kene buat gak,aku hanyalah kuli saja..nantila aku naik jadi majikan.. ade 20 taun lagi kot..

PC Lembab! KPM Kedekut! PPSMI Rasuah!

arghh.. Tension!! PC Lembab!! Menambah kemalasan ku mengajar.... budaks pun tak ramai datang. Mungkin sebab pagi tadi hujan lebat..

tajuk post sensitip tuh...
PC yang ada standard zaman pak kaduk.
KPM bagi peruntukan ciput utk selenggara..
Punca terbantutnya penyelenggaraan pon sbb rasuah..
bukti tak dak makanya sumer tutup mulut walaupun saksinya masih ada.......

teruknya kle nak dikeluhkan..fuh.. Tuhan jew tau.. Dia Maha Mengetahui!

Rabu, 12 Ogos 2009

Aktiviti pelajar peralihan

Berikut adalah antara aktiviti-aktiviti pelajar peralihan yang baik sekiranya cikgu tak mengajar dalam kelas:




kira baik la kan tak bising, tak gaduh2, sampe pecah gegendang teman...

Sabar Lebih Sikit, Ganjaran Lebih....

1. Kalau aku sabar lebih sikit, pasti aku .............................................
2. Aku mesti sabar sikit lagi,.............................. Ganjarannya .........................................
3. .................................

sesapa beleh lengkapkan ayat ke, buat ayat baru tentang sabar ke, silalah hantar komen..

Selasa, 11 Ogos 2009

BAHAYA! TABIAT MEMBUANG MASA

oleh : Irfan Khairi

Pepatah mengatakan "Angin yang sama meniup kita, ianya bergantung
kepada kita untuk melayarinya". Setiap insane mempunyai jumlah
waktu yang sama dalam sehari, iaitu 24 jam. Apa yang menentukan
kejayaan seseorang itu adalah kecekapannya dalam mengurus 24jam
sehari nya.

Tabiat membuang masa, atau sering dikenali sebagai
"proscastinantion" adalah tabiat yang merugikan kita. Sering kali,
kita menunda-nundakan sesuatu kerja, sehingga produktiviti kita
untuk mencapai kejayaan menurun.

Berikut adalah 4 cara bagaimana anda boleh membuang tabiat buang
masa ini:

MATLAMAT DIKECILKAN

Seringkali kita membuang masa oleh kerana melihat sesuatu kerja itu
terlalu besar untuk ditangani. Adakalanya matlamat yang terlalu
besar menyebabkan kita kurang berkeyakinan dan kurang bermotivasi
untuk mencapainya. Dilihat seperti kerja yang bakal dilalui amat
besar dan tidak kesampaian!

Apa yang anda harus lakukan adalah, pecahkan matlamat yang besar
itu kepada matlamat yang lebih kecil. Matlamat untuk mengumpul 10
ribu ringgit mungkin bunyinya besar, tetapi sekiranya dipecah
kepada unit yang lebih kecil, iaitu menyimpan RM500 setiap bulan,
matlamat akan tercapai juga dalam masa 20 bulan

TINGKATKAN KEKUATAN TENAGA

Sering kali kerja ditunda atau kerja tidak dapat disiapkan adalah
kerana badan kita terasa penat. Mata kita terasa mengantuk dan
tubuh kita tidak rasa selesa untuk meneruskan sebarang kerja.

Sebab ini adlaah, tidak kira sekeras mana anda kerja, tidak kira
berapa jam anda melakukan tugas anda, sekiranya badan anda tidak
mampu menahan bebanan tersebut, produktiviti anda akan berkurangan.

Ambil masa untuk berehat. Tubuh manusia boleh bertahan pada tahap
produktiviti yang tinggi dalam lingkungan 8-9 jam sahaja. Itu pun
sekiranya mempunyai tubuh yang sihat. Adakalanya, dengan hanya
melelapkan mata atau menambahkan masa tidur anda di malam hari, ia
akan menyegarkan semula tubuh anda untuk menjadi lebih produktif
pada keesokan hariinya. Sekiranya anda sering tidur 5-6 jam sahaja
oleh kerana kerja yang banyak, saya cadangkan anda tambahkan masa
tidur anda untuk menyegarkan tubuh anda.

Lakukan aktiviti senaman dari masa ke semasa, kata pakar kesihatan
tidak semestinya anda bersenam setiap hari, walaupun bersenam
setiap hari adalah terbaik. Tetapi, beri masa untuk bersenam selang
beberapa hari untuk menguatkan lagi tubuh anda dan daya ketahanan
badan anda dengan tekanan kerja.

Jaga makan dan minum anda. Kita di Malaysia adalah dalam keadaan
disadvantage oleh kerana makanan kita agak berat jika dibandingkan
dnegan makanan barat. Tetapi, perhatikan daya ketahanan mereka di
barat gaya sihat. Tubuh mereka lebih kuat walaupun umur meningkat.

Makan seperti ahli sukan dan bersenam selalu. Tubuh anda akan rasa
sihat, badan anda akan rasa segar- ia akan menambahkan produktiviti
kerja anda. Tiada lagi rasa malas dalam memulakan sesuatu kerja!
Rujuk majalah Maskulin anda untuk tips-tips kesihatan yang
sememangnya akan menjadikan insan yang lebih produktif!

SUARA POSITIF

Bagaimana tindakan kita bergantung kepada suara yang sering kita
masukkan di dalam minda kita. Buang segala suara-suara negative
seperti saya akan gagal. Saya tidak dapat melakukan kerja ini.
Orang lain tidak akan suka dengan hasil kerja saya. Gantikannya
dengan suara suara positif- saya akan berjaya, saya akan menyiapkan
kerja ini dengan sempurna dan orang akan memuji hasil kerja saya.

Jadi seorang yang optimis dan berfikiran positif, ini akan
memudahkan segala kerja yang anda lakukan. Walaupun mungkin keadaan
sekeliling menyebabkan perasaan anda lemah dan tidak bermaya,
masukkan gambaran-gambaran positif di minda anda.

Terdapat satu istilah ini mengatakan bahawa kita gembira oleh
kerana kita menyanyi. Dan bukan sebaliknya kita menanyi kerana kita
gembira!

Mereka yang optimis akan...
- Sering melihat segala kebaikan di keliling anda dalam apa
keadaan sekali pun
- Pelajari daripada apa sahaja kesusahan yang dilalui dan terima
dengan hati terbuka
- Sering mencari penyelesaian daripada maslalah, dan bukannya
memperbesarkan suatu maslaah.

Orang yang berjaya sering mencerita tentang matlamat mereka. Mereka
sering berceirta tentang masa depan dan bukan mengungkit masa
silam. Lebih positif diri kita, lebih bersemangat dan lebih
produktif kerja yang dilakukan oleh kerana kita akan menjadi
seperti apa yang kita fikirkan selalu. Fikirkan boleh!

PRINSIP 80-20

Bagaimana kalau saya katakan anda boleh menjimatkan 2 jam dalam
setiap hari anda. Sudah tentu, bunyinya agak menarik!

Prinsip Pareto ini mengatakan bahawa 20% daripada masa yang di
ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah untuk 80% hasil
daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain, produktiviti anda
akan menurun selepas 20% masa anda diambil!

Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaat
anda?

Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas,
bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategi
bagaimana anda perlu menangani tugas tersebut. Apabila anda sudah
bersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasan
tersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda data
menyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam...
atau 2 jam. Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya.

Kemudian, berhenti! Ya... berhenti dari melakukan tugasan tersebut.
Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yang
benar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut. Namun, kerja
tersebut sudah 80% siap!

Apa yang anda perlu laku kini adalah, alihkan perhatian anda kepada
kerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perlu
hiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang sama
iaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perlu
diambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasan
yang lain.

Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80%
daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja. Selepas
kesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasan
asal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan anda
sudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkat
semula.

Dengan menggunakan strategi Pareto ini, anda pasti teruja dengan
kecekapan anda menangani masa menyiapkan beberapa kerja serentak!