Sabtu, 1 Oktober 2011

saya makmur hari ini.

Saya rasa sangat bahagia hari ini apabila fathiah sedar2 sudah terlena sendiri tanpa perlu didodoi. Tandanya anak umi ni dh makin membesar dan boleh berdikari. Dh besar nanti jaga adik baik2 ya.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Isnin, 26 September 2011

Doa untuk orang dah kawen

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

Maksudnya : "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan"

(A-li Imran : 38)


---"Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui"--

Doa untuk orang bujang

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَ ذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْـيُنٍ وَ اجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا

Wahai Tuhan kami, anugerahkan pada kami pasangan-pasangan dan keturunan yang kan menjadi permata hati kami dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang yang bertakwa.


sumber:
http://aguskribo.multiply.com/journal/item/78


minta+jodoh+1 Doa Minta Jodoh dan Keturunan yang Baik

Maksudnya: “Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik.” (AlQuran: Al-Anbiya’: 89).





---"Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui"--

Nampak x kepala 3 org budak tu. Gigih nak ponteng kelas wpun hari hujan
Published with Blogger-droid v1.7.4

maafkanlah dia

"Maafkanlah dia. Dh dia sememangnya begitu. Klau kita perhatikan dia,dia tiada kawan. " nasihat seorang rakan.

Ku ulang2 ayat itu untuk memujuk diri supaya dapat memaafkan. Alangkah nikmatnya jika dapat memaafkan. Dadaku sendiri akan menjadi lapang. Tiada lagi tekanan.

Namun apekandaya aku masih sukar untuk memaafkannya,walau telah berkali ku cuba. Telah kucuba berterus terang untuk mendapatkan ruang kemaafan itu. Sebaliknya yang kuperolehi adalah luka yamg semakin memarah.

Benarlah seperti nasihat rakanku itu. Dia sememangnya begitu. Lupakan saja kesilapannya dan maafkannya untuk diri sendiri,bukan untuk orang lain. Ku cuba berdoa dan mengadu padaNYA supaya ku dapatkan mengiklaskan hati memaafkan.

Published with Blogger-droid v1.7.4