Isnin, 17 Ogos 2009

Jangan percaya!

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.
[Ali Imran:118]

Sucikan jiwa dengan bulan Ramadhan...



  1. Puasa Ubat Penyakit Rohani, Sucikan Jiwa
  2. Hikmah Puasa di Bulan Ramadhan
  3. Sucikan Jiwa
  4. Sucikan Jiwa dari Sifat Kedekut

ZAKAT SUCIKAN JIWA
Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
[At-Taubah:103]
KIKIR TABIAT MANUSIA
Katakanlah (wahai muhammad): "jika kamu memiliki perbendaharaan rahmat Tuhanku pada ketika itu tentulah kamu akan berlaku bakhil kedekut kerana takut kehabisan; dan sememangnya manusia itu bertabiat bakhil kedekut".
[Al-Isra':100]
Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); -Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah;Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;
[Al-Ma'aarij:19-21]
PENYAKIT/AKIBAT
  1. dapat merosakkan manusia (HR Thabrani)
  2. dapat memutuskan tali persaudaraan(HR Abu Daud dan Nasai)
KEBAIKAN HILANGKAN SIFAT KIKIR
  1. bahagia
  2. kegembiraannya ketika megeluarkan harta semata kerana Allah SWT.
  3. jiwa manusia bebas dari keterbegantungan dan ketundukkan terhadap harta benda dan dari kecelakaan menyembah harta.
Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
[Al-Hasyr:9]
Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
[At-Thagaabun:16]

baca..baca...jangan tak baca....
rupe2nye tajuk ni pun ada kaitan ngan tajuk zakat tahun lepas..
jadi, dah bersedia?
bersedia untuk apa? amalkan.... dan sampaikan...