Jumaat, 12 Jun 2009

"Altantuya"

Aku Insan Ajnabi,
Aku Berasal Dari Tanah Tinggi
Bangsaku menjelajah dunia
Bangsaku pernah menguasai dunia
Kecantikanku menawan sesiapa sahaja
Lemah gemalaiku melembutkan lelaki perkasa
Kecerdikanku, kecantikanku boleh diperniaga

Aku wanita Ajnabi merantau kemana-mana
Mencari rezeki merata dunia
Kuala Lumpur, Paris, Hong Kong aku merata
Pembesar negara kuasai ku
Ku kuasai pembesar negara
Sebut sahaja apa berniaga aku tetap disana
Kepercayaan dan akidah sama sahaja
Sekejap muslimah sekejap insaniah
Aku tetap manusia beragama

Manisku dijilat, manisku disedut
Aku rela kerana berniaga
Aku berakidah aku insaniah
Ku tahu siapa yang menyedutku
Manisku masih banyak
Manusia rakus menghirupku
Kadang menggilir kadang digilir
Aku berniaga tak kira siapa

Zuriatku ada
Ku tahu siapa bapanya
Masakan tidak, disarangku dia bertelur
Manisku belum habis dihisap
Sepahku dibuang merata
Badanku dihancur luluh
Tubuhku berkecai rapuh
C4 dipanggil untuk memusnahku

Rohku tetap menjalar
Rohku tetap merayau
Setiap dada media ku buka cerita
Ku tahu siapa pemusnahku
Rohku berulang alik
Entah di Mongolia, entah di Paris
Entah di Shah Alam, entah di Putrajaya
Rohku menjalar terus menjalar
Roh suciku diawang-awangan
Menghinggap siapa sahaja
Tak kira pangkat atau kedudukan
Pemusnahku akan musnah dilawan

Mohamad Sabu
Stadium Melawati
6 Jun 2009

http://jantantuya.blogspot.com/

adakah meletakkan sajak ini diblog dikira sebagai menyebar fitnah?
Satu Malaysia nak tahu cerita sebenar, mohon penjelasan, bukan pengkaburan...

Syukur

"Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan"

Angkat tangan sape tau ini lirik lagu ape.. Tak main la angkat tangan, angkat kaki la, cabut.. Nanti kene nyanyi.. (Sekang ade ke lagi orang tak nak nyanyi? Tak suruh nyanyi pon orang nak nyanyi dengan tak malunyer.)

Aku selalu ingat lagu ni, bila ada orang selalu komplain.. komplain.. tak henti henti..

panjang sebenaranya nak tulisni,,, tapi kenape la rase malas lak....

Muazzin, ajarkan akak camner nak set mase anto post n komen bagi betui waktu kat mesia.. Rase mcm dok kat negara lain lak, mase tak same...

Khamis, 11 Jun 2009

Bukan Mudah

"Bukan mudah"
Serangkap kata yang aku perasan dalam lagu AF.
Tak penahla pulak tilik lirik lagu tu..
Rasanya bukannya tak bagus lagu tu, nak menuju ke puncak, mengapai impian...
Tak salah nak kejar impian, tapi impian dalam AF tu amatlah terpesong. Alangkah bagus sekiranya impian itu untuk Islam. Menjulang Islam hingga ke puncak..
"Itu semua teori"
Bukan mudah untuk melaksanakan teori.
Seorang Pakar ekonomi, ada master, Phd, gelaran doktor dsbnya. Belum tentu berjaya dalam ekonomi sendiri, belum tentu berjaya melepaskan diri dari bebanan hutang. "Yang paling menyedihkan turut terpedaya dengan helah ekonomi kapitalis.. Siap bagi stat: Hutang itu dibenarkan dlam Islam".. Memangla dibenarkan, tapi tidak digalakkan! Kalau tidak kenapa ada doa mintak dijauhkan dari bebanan hutang. Doa yang diamalkan RasuluLLAH setiap pagi dan petang...

aku pon tak tau ape aku melalut ni.. rasanya tak lama aku jugak akan berhenti menulis.. Tak jumpe ape yang berfaedah...

Rabu, 10 Jun 2009

Tentang opah

Bekalan sebulan.
Ada 1 jenis tu ubat kene makan sampai 8 biji sekali makan.
Minum susu hari2 pon, masih kene ambil kalsium.

Semalam bawa opah ke hospital Taiping untuk temujanji dengan doktor Wad C6..
Menimbun bekalan ubat kene bawak balik. Kala akula selender dah dengan ubat2. Bergelumang dengan "drug". Hidup bergantung dengan "drug". Ini tak pulak dianggap drug abuse. Pelik sistem dunia. Dalam Islam dah jelas benda yang memabukkan itu haram. Diharuskan bila terdesak. Ini bukan terdesak lagi dah. Tapi dah jadi kebiasaan. Oleh itu, jangan terus bergantung dengan hospital atau sistem perubatan British. Jadi kene fikirkan rawatan alternatif. Ada akupuntur (rawatan cina, ada unsur rohani+jasmani), berbekam (rawatan Islam), ubatan herba, dll.. (tak cukup arif untuk bicara tentang ini,huhuuu). Yang pasti rawatan alternatif lebih baik berbanding "drug". "Drug" hanya untuk melupakan tentang kesakitan, tetapi tidak untuk mengubati atau merawat dan mengurangkan secara keseluruhannya.
Kembali tentang opah. 3 kali lagi kene ke hospital Taiping:
1. Ambil ubat
2. Pekse Darah
3. Jumpe Dokto
Kata opah: Masa ada Kak Yong ni bolehla mintak tolong. Esok2 dah tak de.
Jawabnye: Tak pe opah, cucu opah ramai lagi. Lepaih ni co pulak ada, bolehla opah porak perandakan zaman menganggur dia,hihiiii...
Dengo tu co. Khidmat anda diperlukan, jadi cepat2lah konvo. Tak payah banyak nak rewang belajo. Sibuk2 nak kawin la, ada calon dah ker.
Aku pon time2 cuti je dapat menguruskan opah. Hari biasa agak jauh untuk berulang alik menguruskannya. 3 kali lagi tu tak tau la sape pulak boleh bawak opah. Pagi pulak tu..
Ada pulak satu orang besar tu bleh cakap dalam satu taklimat: ada cikgu tu mintak tukar dengan alasan nak jaga mak la. Mana boleh nak jaga bukan masa itu waktu kerja. Kene kerja juga. Memang tanggungjawab kita la nak menguruskan pakai lampinnya. Tapi bukan waktu kerja.
Aku bisik je kat ustaz di sebelah nasib baik saya tak hantar borong,hihiii.. Aku pon guna alasan jaga opah dah umi tak nak mengaku dia tak sihat.. Padahal dalam hati aku menjawab: lu cakap tara serupa bikin. lu tara mak bapak ker.. tak semesti nak duduk dekat dengan emak tu 24jam, nak tengok emak. Tengok klo jadi macam opah. Nak uruskan g jumpe dokto la.. Dah dekat tak payah la susah2 mintak cuti ke, juz mintak keluar sekejap.. Kurangla cikgu2 lain kene buat relief.. Tau la ada pangkat besar. Suka2 hati nak memutuskan sesuatu siap dengan menyindir. Sayangkan emak, masa hidupnya kene manfaatkan supaya ketiadaannya nanti tidak dipenuhi dengan penyesalan..
Mampus aku klo kene detek ngan......... Mampuih p la. Aku kata yg betui. Lagi pon aku nak tuntut janji itu orang kata nak menguruskan pertukaran aku. ( Takle pecaye cakap dia,abah..)
Umi dah tua2 cabut gigi pon opah nak datang ziarah.. Jangan main2 dengan kasih ibu...
Tepon Mak Jang, Yoep pon dah abis PLKN, nak amik lesen. Haa.. kan ramai lagi cucu opah, elokla yeop bermanfaat gak waktu menggangurnya..

semalam seharian modem buruk aku buat hal,lansung tak boleh surf internet. Mujurla jadual penuh. kalu tidak kebusanan teramatla.. harini lak lansung tak buleh bukak email. aduyay, mane silapnya.. Nasib baik ada projek utk harini ini,hihii...

jadi tukang tangok pon ok...

Kenapa mesti ada belacan?

Nasi goreng... belacan
Sambal... belacan
Sambal tumis... belacan
Hinggakan kuah rojak pon ada belacan. Kiranya makan buah dengan belacan..
Tak taruk belacan tak boleh ke.
Apa yang baiknya tentang belacan. Sedap saja...
Biasa dengar tentang keburukannya saja..
Penyebab resdong bertambah parah, penyebab tompok2 pada muka.
Lagi teruk pernah dengar belacan dicampur dengan pewarna pakaian.
Makan belacan boleh dikatakan ketagih jugakla. Ada kawan nasi dengan sambal belacan sahaja sudah sangat menyelerakan.
Adakah benda yang ketagihan ini bagus?

Sedih

Sedihnye..
Bila dah hilang kepercayaan abah.

Ada seorang kawan teman ketika sedih.. Belum mula cerita ayo mate sudah ke tanah. Walaupun jauh, tak pernah jumpe. Hidup baik2lah hendaknye. Supaya aku tidak menyusahkan kamu lagi..

Sukar untuk berhenti selagi tak dapat semula kepercayaan itu.

Sorry jay, aku terpaksa gadai janji dgn ko, dgan diri aku gak. Susah jugak nak korbankan janji diriku. aduyaii.. mangkuk itu telah menyusahkan aku jay. Sorry lagi sekali. Aku sangat sedih, huhu..
Ko pun cepat2la tamatkan zaman bujang.. .. .. ..

Apa boleh buat bapaku terlalu sayangkan anaknya ni. Satu sekolah dah tau aku anak ayah.
Bangga tapi sedih..

Tulis panjang2, ke tanah lagi air. Takat ni je lah..


¬lalalala¬
senangkan hati dengan mengingati Allah yang Maha Mengetahui

Isnin, 8 Jun 2009

Tuntut Ilmu

"Tuntutlah ilmu walau ke negeri cina"
Ungkapan yang biasa dengar. Siap jadi lirik lagu lagi..

Abah selalu ulang kata tok gurunya:
"Menuntut ilmu tak cukup hanya dengan membaca kitab. Perlu ada tok guru. Berguru dengan kitab tanpa tok guru umpama berguru dengan syaitan. Kerana di situ syaitan akan mengambil kesempatan untuk menyeleweng pemikiran manusia"

Mungkin kat sini baleh jelaskan pentingnya ada kumpulan usrah (taklim, study group). Bukan tak tak perlu baca kitab, tapi baca kitab perlu disusuli dengan rujukan bersama golongan yang arif tentang ilmu yang dipelajari. Jadi setiap orang mesti ada seorang orang arif yang menjadi tempat rujukannya.

Tapii, sekarang aku sendiri tak da naqibah, huuhuu. Ya Allah, jangan Kau biarkan hambaMu yang kerdil ini hanyut di bawah arus dunia tanpa naunganMu..

Dah siap tulis utk post kali ni terbaca pulak soal jawab dengan Dr. Haron Din dalam ruang Kolumnis Harakah yang tajuknya berbunyi: "Belajar tanpa guru,syaitanlah gurunya".
Bila tanya pakcik Google ini je dapat:
http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=49&thread_id=6371
Kali ni tak lepas nak masuk harakahdaily.
Malasnye la nak taip semula artikel tu.. nanti2 lah..
p/s: ada sesape langgan e-Harakah tak? Tolong copy paste,hihii... Malas betui nak taip,huhuuu...

Sama tapi ada serupa ka


Kembar dengan kembar..
Cikgu dan cikgi..
Berkaca mata..
Teluk Intan
UPSI
Mak kata: bukan senang nak dapat zuriat yang soleh dan solehah. Masa muda lagi perlu menjaga amalan.
Arwah Tok pernah kata: Tok sentiasa mendoakan kebaikan buat keturunan tok setiap kali lepas solat 5 waktu. Tok amalkan doa Nabi Ibrahim yang ada dalam Al-Quran. (adakah cucu2nya yang mewarisi amalan tok ni).
Pakcik kate: Get job first! (mata duitan!-berapa lama lagi nak biar sianak berbuat dosa)
Mak Kak Ani kate: Dosa anak isteri ditanggung oleh sibapa.. 10 orang anak,11 orang la dosa anak kene tanggung di akhirat kelak..
NauzubiLLAH, pedihnya azab neraka ALLAH sangat jelas seperti yang digambarkan dalam Al-Quran.. Hanyasanya manusia yang tidak mahu mengambil pengajaran..

Baik untuk tatapan dan renungan:
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1671
http://likukehidupan.wordpress.com/2009/05/01/jadi-bukannya-cari/

kak ani n bib (dtg dari jengka)

Nasib di bumi sendiri




4 Buah rumah orang melayu di atas tanah geran milik cina..
Rumah dibina dan diduduki sejak 41 tahun yang lalu..

Agak antik juga la jam ni. Kene kunci semula bila dah mati. Arwah toknye jam mana duduknya, dah tak da orang nak bela..


Ni pon boleh tahan gak antiknya, masih boleh berfungsi lagi..

Ahad, 7 Jun 2009

Lupa

SMM tak siap lagii..

Ya Allah jauhkanlah aku dari penyakit lupa dan nyanyuk..