Rabu, 10 Jun 2009

Tentang opah

Bekalan sebulan.
Ada 1 jenis tu ubat kene makan sampai 8 biji sekali makan.
Minum susu hari2 pon, masih kene ambil kalsium.

Semalam bawa opah ke hospital Taiping untuk temujanji dengan doktor Wad C6..
Menimbun bekalan ubat kene bawak balik. Kala akula selender dah dengan ubat2. Bergelumang dengan "drug". Hidup bergantung dengan "drug". Ini tak pulak dianggap drug abuse. Pelik sistem dunia. Dalam Islam dah jelas benda yang memabukkan itu haram. Diharuskan bila terdesak. Ini bukan terdesak lagi dah. Tapi dah jadi kebiasaan. Oleh itu, jangan terus bergantung dengan hospital atau sistem perubatan British. Jadi kene fikirkan rawatan alternatif. Ada akupuntur (rawatan cina, ada unsur rohani+jasmani), berbekam (rawatan Islam), ubatan herba, dll.. (tak cukup arif untuk bicara tentang ini,huhuuu). Yang pasti rawatan alternatif lebih baik berbanding "drug". "Drug" hanya untuk melupakan tentang kesakitan, tetapi tidak untuk mengubati atau merawat dan mengurangkan secara keseluruhannya.
Kembali tentang opah. 3 kali lagi kene ke hospital Taiping:
1. Ambil ubat
2. Pekse Darah
3. Jumpe Dokto
Kata opah: Masa ada Kak Yong ni bolehla mintak tolong. Esok2 dah tak de.
Jawabnye: Tak pe opah, cucu opah ramai lagi. Lepaih ni co pulak ada, bolehla opah porak perandakan zaman menganggur dia,hihiiii...
Dengo tu co. Khidmat anda diperlukan, jadi cepat2lah konvo. Tak payah banyak nak rewang belajo. Sibuk2 nak kawin la, ada calon dah ker.
Aku pon time2 cuti je dapat menguruskan opah. Hari biasa agak jauh untuk berulang alik menguruskannya. 3 kali lagi tu tak tau la sape pulak boleh bawak opah. Pagi pulak tu..
Ada pulak satu orang besar tu bleh cakap dalam satu taklimat: ada cikgu tu mintak tukar dengan alasan nak jaga mak la. Mana boleh nak jaga bukan masa itu waktu kerja. Kene kerja juga. Memang tanggungjawab kita la nak menguruskan pakai lampinnya. Tapi bukan waktu kerja.
Aku bisik je kat ustaz di sebelah nasib baik saya tak hantar borong,hihiii.. Aku pon guna alasan jaga opah dah umi tak nak mengaku dia tak sihat.. Padahal dalam hati aku menjawab: lu cakap tara serupa bikin. lu tara mak bapak ker.. tak semesti nak duduk dekat dengan emak tu 24jam, nak tengok emak. Tengok klo jadi macam opah. Nak uruskan g jumpe dokto la.. Dah dekat tak payah la susah2 mintak cuti ke, juz mintak keluar sekejap.. Kurangla cikgu2 lain kene buat relief.. Tau la ada pangkat besar. Suka2 hati nak memutuskan sesuatu siap dengan menyindir. Sayangkan emak, masa hidupnya kene manfaatkan supaya ketiadaannya nanti tidak dipenuhi dengan penyesalan..
Mampus aku klo kene detek ngan......... Mampuih p la. Aku kata yg betui. Lagi pon aku nak tuntut janji itu orang kata nak menguruskan pertukaran aku. ( Takle pecaye cakap dia,abah..)
Umi dah tua2 cabut gigi pon opah nak datang ziarah.. Jangan main2 dengan kasih ibu...
Tepon Mak Jang, Yoep pon dah abis PLKN, nak amik lesen. Haa.. kan ramai lagi cucu opah, elokla yeop bermanfaat gak waktu menggangurnya..

semalam seharian modem buruk aku buat hal,lansung tak boleh surf internet. Mujurla jadual penuh. kalu tidak kebusanan teramatla.. harini lak lansung tak buleh bukak email. aduyay, mane silapnya.. Nasib baik ada projek utk harini ini,hihii...

jadi tukang tangok pon ok...

Tiada ulasan: