Isnin, 8 Jun 2009

Tuntut Ilmu

"Tuntutlah ilmu walau ke negeri cina"
Ungkapan yang biasa dengar. Siap jadi lirik lagu lagi..

Abah selalu ulang kata tok gurunya:
"Menuntut ilmu tak cukup hanya dengan membaca kitab. Perlu ada tok guru. Berguru dengan kitab tanpa tok guru umpama berguru dengan syaitan. Kerana di situ syaitan akan mengambil kesempatan untuk menyeleweng pemikiran manusia"

Mungkin kat sini baleh jelaskan pentingnya ada kumpulan usrah (taklim, study group). Bukan tak tak perlu baca kitab, tapi baca kitab perlu disusuli dengan rujukan bersama golongan yang arif tentang ilmu yang dipelajari. Jadi setiap orang mesti ada seorang orang arif yang menjadi tempat rujukannya.

Tapii, sekarang aku sendiri tak da naqibah, huuhuu. Ya Allah, jangan Kau biarkan hambaMu yang kerdil ini hanyut di bawah arus dunia tanpa naunganMu..

Dah siap tulis utk post kali ni terbaca pulak soal jawab dengan Dr. Haron Din dalam ruang Kolumnis Harakah yang tajuknya berbunyi: "Belajar tanpa guru,syaitanlah gurunya".
Bila tanya pakcik Google ini je dapat:
http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=49&thread_id=6371
Kali ni tak lepas nak masuk harakahdaily.
Malasnye la nak taip semula artikel tu.. nanti2 lah..
p/s: ada sesape langgan e-Harakah tak? Tolong copy paste,hihii... Malas betui nak taip,huhuuu...

Tiada ulasan: