Memaparkan catatan dengan label nurani. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nurani. Papar semua catatan

Khamis, 5 Mei 2011

Malang si Mak Andeh/Mak Kadok

kes 1

cikgu, saya tak nak jadi ketua kelas. suruh dia cikgu (sambil menunjuk pd murid perempuan)
kamuni ada telo ke tidak? kamu ni jantan ke betina?
saya malas cikgu..
malas...malas,.. belajar malas.. buat keje malas.. besar nanti mcamna kamu nak tanggung anak bini?anak bini yg nak suapkan mkn utk kamu?

kes 2

(



)
lecehnya nak taip sekali lagi...

ada lagi rupernyer ape yg aku dh taip sblm ni:

kusangakakan lepas kawin kurang le keantiaan aku terhadap kaum adam.. rupenyer dah kawin lagi banyak cerita-ceriti yang menambah kenegatifan aku itu.. Rupanya ramai kaum hawa terinanya serta mendapat malang gara-gara kebodohan kaum adam.. alahai bila kata akal lelaki ada 9, megah jer banyak bunyinya berbanding pempuan hanya ada satu akal..tapi realiti hampass saja yang ada bagi lelaki zaman sekarang.. sumenye macam tak berakal. nak harapkan pempuan jugak,..halllooooo,sape yang sepatutnya jadi pemimpin!!!!!! takkan lagi sekarang tnggal lelaki dayusssss jer... tolonglah wahai kaum2 adam prihatinlah, bertanggungjawablah anda.. setiap amanah itu semua akan dipersoal di akhirat kelak... takkan ini pon nak mintak pelindungan kaum hawa....buat untuk diri sendir pun cukup.. ini sendiri pon lemauuu... hancusss,,, macammana nak garingkan and mantapkan satu keluarga/sebuah masyarakat..

pesanan buat kaum2 adam..
sila bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, dan masyarakat di sekeliling anda..
sila jadi manusia yang prihatin..
sila gunakan akal yang kononnya ada banyak, 9 berbanding hawa ada 1 je..
sila peka dan prihatin dengan keadaan sekeliling..
sila buktikan yang anda itu lelaki!! pemimpin bukan pemusnah,perosak,penginaya dan pe.... pe... (-ve) yang lain..


tolongla...kenapa keantian aku terhadap puak ini semakin menjadi2.. aku tidak mahu ini semua berlaku... tapi tolanglaaaaaa!!!!

mungkin disebabkan itu la kot wujuknya pertubuhan itu membela hak kaum wanita dek kerana kebongokkan n kedayusan puak itu... mana pergi akal mereka yang banyak itu...

berbalik pada tajuk:
malang sungguh mak andeh bersuamikan pak pandir..terpaksa merana menanggung kerugian akibat kebodohan pak pandir.sudahla kalah,kampung tergadai,pakai pulak baju kertas..
cerita dongeng ni kerap diulang2, berapa ramai yang ambil iktibar.


---"Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui"--

Isnin, 17 Januari 2011

H


hendak ku tangis
tak berairmata

---"Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui"--

Isnin, 1 Februari 2010

Jumaat, 22 Januari 2010

Sabtu, 28 November 2009

gusar

ada 1 perkata je =p



---"Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui"--

Selasa, 10 November 2009

sedih gila-gila


cita menarik jadi sedih lak....



---"Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui"--

Khamis, 17 September 2009

Kenapa Cuti Khas

Menurut pendapat saya yang masih cetek pengetahuan ini, tahun 2009 ini adalah tahun yg serabut kerana:
  1. banyak pindaan di saat akhir pada takwim
  2. arahan kutipan yuran persekolahan di pertengahan tahun
  3. panggilan mesyuarat / bengkel hanya melalu talifon di saat akhir tanpa maklumat yg lengkap seperti dokumen / maklumat yang perlu di bawa + kerap berlaku perubahan tempat mesyuarat di saat akhir jua.....
  4. macam2 pelan baru diperkenalkan sedangkan yg tahun lepas masih belum pelaksanaan penuh
  5. Cuti esok diumumkan pada saat akhir
Hilangnya moodkerja harini dek krn kekalutan dipagi hari,.. malas cite panjang,, sepanjang perjalanan aku hanya menyumpah tak mo sekolah jejauh... dapat dok asrama lagi bagus , tak perlu bersesak2 dijalanraya, hanya menapak...


---"Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui!"--

Jumaat, 14 Ogos 2009

Murah rezki hendaknya

yeah, naik gaji lagi bulan saploh ni.. sempena bulan betuah,hehe.. tenQ, 10Q, kak limah..
bape sen je naik.. jadilah ada gak kenaikan dari tak dak lansung.. bebanyak naik pun,nanti cecah level kene byr cukai laks..sorile bab2 cukai ni, teman kedekut skit..bio gaji skit,jgn kene bayo cukai..
byk entry utk hari ni, mcm tak de keje je,hehe...gaji nak lebih,keje malas2 laks,huhuu.patut ker?

Khamis, 6 Ogos 2009

Ingat kata Mak Su

SALAM.. ..

SYABAS...

Keje2 KAFFAH memerlukan komitmen 24jam...tidur, baring, berjalan, duduk, dan mimpi KAFFAH...tidak semudah pergi ceramah,usrah, demo dan segala aktiviti jemaah yang pernah kita lalui sebelum ini...

Memerlukan pemikiran yang kreatif dan kritis dengan membanyakkan pembacaan buku2 berkaitan pemikiran Islam dalam pendidikan seperi karangan Dr Zawawi Ahmad, Harun Yahya, serta tentang tafsir2 al-Qur'an yang membentangkan i'jaz ilmi serta sentiasa berhubung dgn Allah swt serta memohon hidayah dari-Nya. Renungi sejarah Imam Bukhari meriwayatkan 1 hadith bersamaan 1 solat istikharah.. .Bagaimana pula kita...

Ketahuilah.. .kerja yg sedang dilalui oleh sahabat dan sahabiyyah semua baru marhalah 1...masih on paper..(proses tarbiyah diri sebenarnya) ..belum lg menemui sasarannya (marhalah 2) dan belum lagi mendapat maklumbalasnya (marhalah 3) dan implikasinya (marhalah 4) yang mengundang pelbagai kemungkinan.

Ana menyeru diri ana dan mengajak sahabat dan sahabiyyah semua merenungi firman Allah yang terkandung dalam surah al-Ankabut: 1-11. Moga menjadi motivasi yang mengentalkan lagi semangat dan daya juang kita semua.

الٓمٓ (١) أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ (٢) وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ (٣) أَمۡ حَسِبَ ٱلَّذِينَ يَعۡمَلُونَ ٱلسَّيِّـَٔاتِ أَن يَسۡبِقُونَا‌ۚ سَآءَ مَا يَحۡكُمُونَ (٤) مَن كَانَ يَرۡجُواْ لِقَآءَ ٱللَّهِ فَإِنَّ أَجَلَ ٱللَّهِ لَأَتٍ۬‌ۚ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ (٥) وَمَن جَـٰهَدَ فَإِنَّمَا يُجَـٰهِدُ لِنَفۡسِهِۦۤ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَغَنِىٌّ عَنِ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٦) وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَنُكَفِّرَنَّ عَنۡهُمۡ سَيِّـَٔاتِهِمۡ وَلَنَجۡزِيَنَّهُمۡ أَحۡسَنَ ٱلَّذِى كَانُواْ يَعۡمَلُونَ (٧) وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ بِوَٲلِدَيۡهِ حُسۡنً۬ا‌ۖ وَإِن جَـٰهَدَاكَ لِتُشۡرِكَ بِى مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ۬ فَلَا تُطِعۡهُمَآ‌ۚ إِلَىَّ مَرۡجِعُكُمۡ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ (٨) وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَنُدۡخِلَنَّهُمۡ فِى ٱلصَّـٰلِحِينَ (٩) وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَقُولُ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ فَإِذَآ أُوذِىَ فِى ٱللَّهِ جَعَلَ فِتۡنَةَ ٱلنَّاسِ كَعَذَابِ ٱللَّهِ وَلَٮِٕن جَآءَ نَصۡرٌ۬ مِّن رَّبِّكَ لَيَقُولُنَّ إِنَّا ڪُنَّا مَعَكُمۡ‌ۚ أَوَلَيۡسَ ٱللَّهُ بِأَعۡلَمَ بِمَا فِى صُدُورِ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (١٠) وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ (١١)
Yang Bermaksud:
Alif, Laam, Miim. (1) Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2) Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (3) Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu. (4) Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah (untuk menerima balasan), maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi) dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (5) Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk. (6) Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh sesungguhnya Kami akan hapuskan dari mereka kesalahan-kesalahan mereka dan Kami akan membalas apa yang mereka telah kerjakan dengan sebaik-baik balasan. (7) Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. (8)Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, sudah tentu Kami akan masukkan mereka dalam kumpulan orang-orang yang soleh (dengan mendapat sebaik-baik balasan). (9) Dan ada sebahagian dari manusia yang berkata: Kami beriman kepada Allah; kemudian apabila dia diganggu dan disakiti pada jalan Allah, dia jadikan gangguan manusia itu seperti azab seksa Allah (lalu dia taatkan manusia) dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu memberi kemenangan kepadamu, mereka sudah tentu akan berkata: Kami adalah sentiasa bersama-sama kamu. (Mengapa mereka berdusta?) Bukankah Allah lebih mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati sekalian makhluk? (10) Dan sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang yang beriman dan sesungguhnya Dia mengetahui akan orang-orang yang munafik. (11)

Intisarinya:

1. Allah tidak akan membiarkan golongan yang sudah mengaku beriman begitu sahaja tanpa diberikan ujian utk membuktikan keimanannya. Kerana golongan seperti ini dahulu lagi sudah diuji dan zahirlah di antara mereka yang benar dan yang mana berdusta dgn kata2nya. Mereka yang melakukan kejahatan (mendustakan kata-katanya) tidak akan terlepas daripada kemurkaaan dan seksa Allah

2. Orang yang benar (mengotakan kata-kata keimanannya) pada perbuatannya akan memperoleh kebaikan untuk dirinya sendiri juga, tidak akan sia-sia, keranan ganjaran Allah sedang menanti dan dosa-dosa mereka akan diampunkan.


Semoga kerja-kerja KAFFAH ini banyak mentarbiyyah kita pada tahap yang lebih tinggi sebagai seorang Murabbi, Muaddib, Muhazzib selain Mu'allim dan Mudarris.

Didoakan semua sahabat sahabiyah terus istiqamah dan serius memikul tugas ini. Moga bebanan itu mampu meringankan kita di dalam kesempitan alam Barzakh dan fitnah di Yaumil Mahsyar. Amin Ya Rabb


Doakan sama ana ni...

wassalam

TKP (sedang berperang di medan ilmi)

pesanan melalui: ahl_kaFfah@yahoogroups.com

aku sendiri pelak dah lama tak turun padang walaupun tempiasnya tetap sampai... Doakan aku masih tetap dilandasan perjuangan ini sehingga ke akhir ... aku juga ingin komited...

Jumaat, 31 Julai 2009

Last day in July

Baru perasan bulan ni bulan yang tersedikit post yg aku hantar....
Terserlah kebiziannyer,huhu... dasat....
Ntah ape2 lagi nak bebel, mendadak hari ni je banyak post..
Esok sudah pasti akan tiba walaupun tidak diundang.. Dah menjengah bulan baru... Aku tetap macam tu gak.. masih tiada peningkatan..huhu.. Bulan Ramadhan bakal tiba,masihkah sempat untuk sampai ke bulan mulia itu...

Aku Tak Tahu

Aku tak tahu...
Mana nak letak muka...
Aku tak tahu..
Apa salahku dah buat...
Aku tak tahu....

Seksanya bila tak dapat menjawab soalan malaikat mungkar nankir
Teringat mase sek ren, Kakak solung kami buat persembahan pentomen mase Hari Iktifal. Antara skripnya:
Siapa Tuhan kamu?
Aku Tidak Tahuuuuuuuuuuuuu......
Mana anakmu seorang jutawan?
Aku Tidak Tahuuuuuuuuuuuuu......

Ya Allah Yang Maha Pengampun, ku mohoon ampunanMu...

Curik Tulang, tak cukup tulang...

Hari ini aku nak mengulor pepuas..lalalala...
Makan gaji bute jer aku minggu ni...
Tak kisah la ape korang nak kate.. Sesungguhnya aku memang tak berdaya utk memaksa diri ini,huhuuu....
Masa utk aku membaca...membaca...membaca apa yang aku suka... lalalaalalaaa...
membaca kire mengulor ker? Cikgu memang kene banyak membaca...lalalaaa...
Lepaih membaca,mengomel ngan jari lak,hahahaa..

Update: Baru ingat nak mengulor... dapat lak relief.. adeimak ai, mak cik sely... buat po mu kawen lagi klo utk menyusahkan diri... tarik napeh pepanjang aku utk terima kenyataan kene gaks masuk relief..

Khamis, 30 Julai 2009

Ruhul Jadid


Ar-Ruhul Jadid=Jiwa Pejuang
(*kle salah tolong betulkan)

Memula tengok video klip ni nak tegelak lucu pun ade, hehe... siap ade kesan karen lagi,haha...
Tapi best woo... bila dapat wat senaman ni reramai ngan muslimat... dengan gelagat memakcik yang dah tak larat tapi bersemangat nak turut serta dalam aktiviti,hehe.. Aku yang masih mude belia ni tak kan nak memalas lak kan.. Bertambah semangat bile dengo lagu jihadnyer...Bilakah lagi lagi, boleh join aktiviti gni lagi....
Lama dah terpikir nak cari clip video ni, tapi luper sokmo.. teringat sesangat nak cari balik bila semangat dah semakin pudar.. Alahai, camner la nak mengaku pejuang. Baru kene uji skit dah lemah lembik longlai.. Bangun wehh!!!!!

Bilakah lagi....

Huhu...
dah lama giler tak menulis...
Entah bilakah lagi...
Aku punya ruang untuk menulis..
Bilakah lagi....
......
Bilakah lagi...
.......
Bilakah lagi....
......

Jumaat, 3 Julai 2009

Selasa, 23 Jun 2009

Sabar

“Sabojelah”

Jika zaman sekolah endah dulu ustazah akan tegur bila ada dengar kengkawan yang sebut perkataan itu. Menurutnya sabar itu sifat mahmudah. Tidak elok diikuti dengan perkataan ‘jelah’ yang seolah–olah mempersendah dan memeperlekeh sifat mahmudah itu. Sedang sifat mahmudah itu sukar diserapkan dalam jiwa. Namun ianya sifat yang amat tinggi ganjarannya.

“Pempuan ni kene banyak sabo”

Buah bicara yang sering kudengar dari orang2 yang berpengalaman. Macam2lah ceritanya yang didengar dan responnya tidak terluah. Nak kata dunia ni tak adil tetapi Allah itu Maha Adil.

Sesungguhnya aku takut serta tidak beryakin untuk memikul beban amanah ini… Aku hanyalah berasal dari rusuk yang bengkok. Yang mustahil untuk diluruskan. Yang memerlukan bimbingan yang bukan sedikit.

MENCABAR KESABARAN

Biasa dengar? :

1.“Kesabaran aku ada hadnya!”

Adakah kesabarannya yang tercabar? Ataukah egonya yang tercabar?

2.“Sampai bila ko/aku nak sabar?”

Adakah kesabaran itu ada penamatnya? Wajarkah kesabaran ditamatkan? Berbaloikah menamatkan kesabaran?

3.“Ini tak boleh jadi, ko/aku tak boleh sabar saje, tak boleh biar je!”

PENYELESAIANnya hanya satu:

Assobru minal iman = sabar itu sebahagian dari iman.

Sanggupkah kamu membiarkan iman tercabut dari dirimu? Sangguppkan kamu membuang tiket ke syurga dan menggantikan tiket ke neraka.

Innallaha ma’assobirin = Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar.

Kata2 itu hanyalah bisikan syaitan yang sentiasa mencari ruang dan pelaung untuk menyesatkan manusia. Banggakah kamu menggembirakn syaitan dengan menjayakan misi2nya. Misi mencari sebanyak mungkin rakan satu tempat tinggalnya di akhirat.

Walau macamana sukar sekali pun, kesabaran itu penting untuk mengecapi kemanisan iman. Berusahalah! Kambate!

Terima kasih buat kawan yang berkorban untuk kebaikanku.

Siapa Aku

“Siapa sebenarnya Aku?”

Persoalan yang sering berlegar2 dalam kepalaku sejak Hari Pekerja itu. Adakah aku seperti lagu ini.

Aku bukanlah yang terbaik. Aku bukanlah hebat apatah lagi yang terhebat. Aku hanyalah manusia biasa bukan robot yang punya perasaan. Juga bukan malaikat. Tapi hanyalah manusia yang lemah dengan khudrat apatah lagi kuasa. Makhluk yang dipinjamkan. Beserta dengan zat-zatNya juga dipinjamkan sementara.

Jauh dalam hatiku masih terpendam cita2 menjadi sufi. Sufi yang haraki. Haraki yang menempa jalan menuju syahid. Walaupun aku sedar sufi haraki sangat jauh dariku. Aku sering tewas dengan bisikan2 syaitan yang mengagalkan cita2ku. Masihkah ada ruang peluang untuk kumenjejakinya.

Isnin, 22 Jun 2009

Sufi haraki

Malu rasanya untuk mengakui yang diri ini ingin mencapai sufi yang haraki. Sering mengalah dengan hujah-hujah yang menggadai prinsip kesufian. Tambahan pula sering meloloskan diri dari kerja-kerja haraki. Tapi tak malu pula nak ngaku diri dae ilallah (pendakwah), sedangkan apalah sangat keje-keje dakwah yang dilakukan.

Kembalikanlah akalku yang waras. Ya Allah, tunjukkan daku jalan yang lurus, jalan yang Kau redhoi, jalan org2 yg telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan yg dimurkai, dan bukan pula jalan mereka yang sesat…

Rabu, 10 Jun 2009

Sedih

Sedihnye..
Bila dah hilang kepercayaan abah.

Ada seorang kawan teman ketika sedih.. Belum mula cerita ayo mate sudah ke tanah. Walaupun jauh, tak pernah jumpe. Hidup baik2lah hendaknye. Supaya aku tidak menyusahkan kamu lagi..

Sukar untuk berhenti selagi tak dapat semula kepercayaan itu.

Sorry jay, aku terpaksa gadai janji dgn ko, dgan diri aku gak. Susah jugak nak korbankan janji diriku. aduyaii.. mangkuk itu telah menyusahkan aku jay. Sorry lagi sekali. Aku sangat sedih, huhu..
Ko pun cepat2la tamatkan zaman bujang.. .. .. ..

Apa boleh buat bapaku terlalu sayangkan anaknya ni. Satu sekolah dah tau aku anak ayah.
Bangga tapi sedih..

Tulis panjang2, ke tanah lagi air. Takat ni je lah..


¬lalalala¬
senangkan hati dengan mengingati Allah yang Maha Mengetahui

Selasa, 2 Jun 2009

Bosan

Bosannya asyik cerita tentang diri sendiri...
Pernah dengar di satu ceramah (di mana dah tak ingat) ada kata: orang yang selalu menceritakan tentang dirinya sendiri adalah orang yang sombong.
Ceramah tentang public speaking tak silap..