Ahad, 15 Mei 2016
Resepi adik beradik roti arab.
Rabu, 16 Mac 2016
Pati ayam / stok ayam buatan sendiri
Ahad, 22 November 2015
Homemade mayonnise
Bahan-bahannya:
Sebiji kuning telur yang besar
1 1/2 sudu teh jus lemon
1 sudu teh white wine vinegar (Maklong guna apple cider vinegar)
1/4 sudu teh Dijon mustard (Maklong guna English mustard jenis serbuk)
1/4 sudu teh garam atau mengikut rasa
sedikit black pepper (Maklong tambah tiada dalam resepi asal)
3/4 cawan minyak canola (Maklong guna all-purpose olive oil)
Masukkan kuning telur, jus lemon, vinegar, mustard dan garam dalam sebuah mangkuk yang agak sedang besarnya. Letakkan mangkuk diatas tuala lembap yang dilipat supaya ia tidak bergerak-gerak bila mula memukul nanti. Pukul semua bahan tadi sehingga kembang dan berwarna kuning cerah selama 30 minit.
Masukkan minyak setitik demi setitik sambil terus memukul setiap masa selama 4 minit. Selepas 4 minit apabila nampak mula mengental bolehlah mula tuangkan minyak secara halus sambil terus memukul tanpa henti. Apabila telah betul-betul kental, itu tanda mayones telah siap. Tutup dengan cling film dan simpan dalam peti ais. Oleh kerana mayones ini tiada bahan additive, ia tidak tahan lama. Gunakan dalam masa seminggu.
TIP:
Kadang-kadang apabila anda terlebih tuang minyak dan ini menyebabkan mayones pecah minyak. Pada peringkat ini anda pukul macamna pun ia takkan jadi. Sekiranya mayones anda pecah minyak, jangan risau. Ambil sebuah mangkuk lain dan mula semula dengan telur kuning yang baru. Pukul telur hingga kembang dan masukkan adunan yang pecah minyak tadi setitik demi setitik sambil terus memukul. Insya Allah anda akan dapat menyelamatkan mayones tersebut.
Sumber:
http://maklongskitchen.com/2013/09/10/homemade-mayonnaise/
Sumber:
Rabu, 27 Mei 2015
Kek cekelat pasti sedap by khasimah
Ahad, 10 Mei 2015
Selasa, 28 April 2015
Kuah pasta
Khamis, 19 Mac 2015
Rabu, 4 Mac 2015
Isnin, 9 Februari 2015
Ahad, 1 Februari 2015
Cookies by khasimah
Isnin, 13 Oktober 2014
Rabu, 8 Oktober 2014
Stim ikan by k lyn Molaham
Jumaat, 19 September 2014
Selasa, 22 April 2014
Kek Kus Kus
Isnin, 26 Disember 2011
bayam/kangkung goreng tepung.
Dr rancangan 5 rencah 5 rasa:
2 sudu tepung gandum,2 sudu tepung beras,garam,lada hitam,air. Sejukkan dlm peti. Tambah eno,kacau, celop sayur sehelai2 dan goreng.
Selasa, 13 Disember 2011
sos cheese
Tadi tengok rancangan rasarasa di tv9. Anis nabila dok demo resepi ni. Si anis ni memang selalu buat aku terliur. Jadinya teringin nak buat sendiri tambah pulak tau cik abang hantu cheese jugak rupanya. Ni untuk note je. Nak buatnya entah bila.
1. Panaskankan 2 sudu mentega bersama 2 1/2 sudu tepung gandum.
2. Masukkan seliter susu dan kacau sampai pekat
3. Taburkan sesudu serbuk cili dan sikit serbul lada putih.
4. Masukkan 4 sudu garam.
5. Masukkan 12 keping cheese dan kacau sampai semua cheese cair.
6. Tuang dalam bekas dan hiaskan dengan daun bawang.
7. Makan dengan empeng jagung.
















