Rabu, 17 Jun 2009

MIKK & MCKK

Ntah berapa hari dah tak update blog ni.. Agak ketiadaan mood untuk menulis akhir2 ini.. Itu lah perempuan tak habis2 ngn moody.. Nak buat camner, bukan ku pinta jadi begini,huhuu. Tak moody kang otai sangat lak..
Oklah cerita untuk hari ini. (Patutla ada orang kata blog ni dairy).
Kenape pulak tajuknya MCKK?
Alkisahnya, ababila ditugaskan untuk mewakili sekolah untuk menghadiri taklimat Kuiz ICT bagi pelajar Tingkatan5.
Kali pertama masuk MCKK setelah berpuluh2 tahun tinggal di daerah kuale bandar diraja. Ape yang menarik sangat MCKK ni. Bunyinya sangat la gah.. Yang ku tahu MCKK merupakan antara sekolah tertua disamping telah melahirkan ramai tokoh2 seperti DS Anwar Ibrahim dll. Klo nak kate gitu, sekolah lain tak kurang hebatnya. MIKK pun melahirkan tokoh2 gak mcm mufti Perak. Antara DS Anwar dan Ustaz Harunsani mana lagi hebat? Tak boleh cakap nanti najib marah .
Kat MCKK jumpe kawan sekelas mase Matrikulasi, Suhaili. Antara kawan yang selalu tunjuk ajar aku. Dia jadi guru kontrak, baru 3 hari bertugas. Kontrak 6 bulan sahaja. Sebelum ni 2 tahun keje sebagai R.A kat UNITEN. Mase menganggur dulu ada gak Pak Cu offer aku jadi R.A kat sane. Tapi, rasanya tak layak untuk menjejakkan kaki ke sane sebagai staf. Manataknye telah dimaklumkan English kene cair. Kira hebatla kawan aku boleh. Kawan akula kan, bukan aku. Selepas Matrik diaamik kimia di USM. Apepun syukur Alhamdulillah, aku dapat keje yang dikira tetap walaupun belajar tak hebat mane. Apalagi berlakulah proses merecall. Memacam nama la kawan tu sebut. Ade yg amik dokto, sambung master, g oversea dan memacam. Terus terang la kata aku dah banyak tak ingat nama, tengok muke ingat kot. Sorila masa setahun tak cukup nak kenal korang-korang (kat wahab adala dekat 2thn). Sumenye dah hampir lost memory. Nampaknye kene study balik la cd Xmax tu. Masih ada dalam koleksi kot.
Papepun Madid gak yang best! Weh, korang tolong2la kasik bebanyak aura kat aini supaya dia boleh buat majlis buke pose.

Tiada ulasan: