Rabu, 7 Mac 2012

my brillbaby

buai laju-laju,

sampai pucuk atap,

belum tumbuh gigi,

pandai baca kitab.


rase macam dh terlambat pulak ajarkan fathiah membaca. pasalnya dh tumbuh tujuh batang gigi.


oh tidak sebenarnya. melalui ape yg ku baca sebaiknya ajar anak membaca sebelum usia 3 tahun. ini kerana kadar pertumbuhan otak yg paling tinggi adalah ketika usia bayi. betulla seperti lagu org dlu2 blum ade gigi pon xboleh membaca. walaupun masih xtau bercakap atau pun cakapnya pelat.


usia fathiah baru 1 thn 5 bln. masih ade setahun lebih untuk belajar membaca. bahasa mana dlu nak mula ya? english? malay? or arabic? tak bahasa cina. tp uminya xpandai plak.


asalnya mmg dh ade niat nak jlnkan program ni awal2. tapi ntah kenapa program dh terhenti ditengah jalan. kenape ye? sebelum ni dok guna slide powerpoint je. 2,3 kali buat je dh berhenti. skrg mesti mula balik dgn lebih rancak dan tak hangat2 tahik ayam.


kad lama dh beli sebenarnya. ingat nk guna bila dh boleh bercakap. sbb takut awal2 nanti kadnye hancus dlu sebelum ble cakap. rupenye adalah baik guna dari awal lagi. biar kad hancur pun kerna itu adalah usaha ke arah kecerdasan minda si anak. 1 keping sudah dikoyakknya,tp masih boleh digunakan. Alhamdulillah fathiah dh pandai main kad tu selepas kene cubit. habis2 direnyuk je kad tu. mahal tau umi beli kad tu.


memang perlu banyak sabar bila nak mulakan projek pandai membaca ni. pasalnya banyak main n sepahkan ajer. huhu mmg menguji kesabaranla bila nak mengemas. tp hakikatnya itulah cara bayi belajar. dlm memain tu, dia dapat byk sebenarnya. Ya Allah, kurniakanlah daku kesabaran yg tinggi dlm mendidik anak.


mission lain adela toilet training untuk fathiah cuti sekolah ni. antara langkah penjimatan,huhu. mahu menjimatkan penggunaaan drypers. 


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tiada ulasan: