Jumaat, 12 September 2014

Kek cheese kukus. Ntah bila nak buah heheh


Bahan-bahan

  • 7 keping cheddar cheese (kira-kira 28g satu slice)
  • 200ml susu segar/susu cair
  • 4 biji telur
  • 75gm tepung naik sendiri
  • 75gm butter
  • 100gm gula halus
  • 1/2 sudu teh cream of tatar

Cara Masakan

  1. Koyakan cheese kecil-kecil dan campurkan bersama susu. Masak dengan api perlahan dan kacau selalu.
  2. Bila dah hancur masukkan butter sehingga cair, tutup api dan sejukkan.
  3. Asingkan putih dan kuning telur di dalam bekas yang berlainan.
  4. Pukul putih telur bersama gula dan cream of tatar sehingga kembang dan meringue(bertanduk).
  5. Kemudian pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi (ditapis)
  6. Masukkan tepung sedikit-sedikit serta kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
  7. Kemudian masukkan adunan putih telur tadi dan kaup balikkan adunan sampai sebati.
  8. Lapikkan loyang dan sapu dengan sedikit butter.
  9. Letak loyang dalam bekas berisi air panas.
  10. Panaskan oven 150 ⁰C selama 10 minit dan bakar dalam 1 jam atau mengikut kepanasan oven masing-masing.

Selamat mencuba semua. Semoga keluarga anda harmoni dan bahagia selalu. Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang.

Sumber resepi dan gambar: Resepi bonda

Tiada ulasan: