Sabtu, 28 November 2009
Korban 2009
gusar
Selasa, 10 November 2009
kuatnya aura
sedih gila-gila
Khamis, 5 November 2009
menarik?
Ahad, 25 Oktober 2009
Kursus Induksi
Khamis, 1 Oktober 2009
Khamis, 17 September 2009
InnaliLLAH
Kenapa Cuti Khas
- banyak pindaan di saat akhir pada takwim
- arahan kutipan yuran persekolahan di pertengahan tahun
- panggilan mesyuarat / bengkel hanya melalu talifon di saat akhir tanpa maklumat yg lengkap seperti dokumen / maklumat yang perlu di bawa + kerap berlaku perubahan tempat mesyuarat di saat akhir jua.....
- macam2 pelan baru diperkenalkan sedangkan yg tahun lepas masih belum pelaksanaan penuh
- Cuti esok diumumkan pada saat akhir
Jumaat, 4 September 2009
Akibat Malas
Khamis, 3 September 2009
okey kelas, semua berdiri.. harini kita nyanyi lagu satu malaysia beramai-ramai dengan penuh semangat
Rabu, 2 September 2009
Isnin, 17 Ogos 2009
Jangan percaya!

Sucikan jiwa dengan bulan Ramadhan...

- Puasa Ubat Penyakit Rohani, Sucikan Jiwa
- Hikmah Puasa di Bulan Ramadhan
- Sucikan Jiwa
- Sucikan Jiwa dari Sifat Kedekut
- dapat merosakkan manusia (HR Thabrani)
- dapat memutuskan tali persaudaraan(HR Abu Daud dan Nasai)
- bahagia
- kegembiraannya ketika megeluarkan harta semata kerana Allah SWT.
- jiwa manusia bebas dari keterbegantungan dan ketundukkan terhadap harta benda dan dari kecelakaan menyembah harta.


Jumaat, 14 Ogos 2009
Murah rezki hendaknya
besday girl
Kamu ni Bodoh! Cikgu ajar tak nak dengar!
Ahlan Ramadhan
Khamis, 13 Ogos 2009
Gila punya kerja
PC Lembab! KPM Kedekut! PPSMI Rasuah!
Rabu, 12 Ogos 2009
Aktiviti pelajar peralihan
Sabar Lebih Sikit, Ganjaran Lebih....
Selasa, 11 Ogos 2009
BAHAYA! TABIAT MEMBUANG MASA
kepada kita untuk melayarinya". Setiap insane mempunyai jumlah
waktu yang sama dalam sehari, iaitu 24 jam. Apa yang menentukan
kejayaan seseorang itu adalah kecekapannya dalam mengurus 24jam
sehari nya.
Tabiat membuang masa, atau sering dikenali sebagai
"proscastinantion" adalah tabiat yang merugikan kita. Sering kali,
kita menunda-nundakan sesuatu kerja, sehingga produktiviti kita
untuk mencapai kejayaan menurun.
Berikut adalah 4 cara bagaimana anda boleh membuang tabiat buang
masa ini:
MATLAMAT DIKECILKAN
Seringkali kita membuang masa oleh kerana melihat sesuatu kerja itu
terlalu besar untuk ditangani. Adakalanya matlamat yang terlalu
besar menyebabkan kita kurang berkeyakinan dan kurang bermotivasi
untuk mencapainya. Dilihat seperti kerja yang bakal dilalui amat
besar dan tidak kesampaian!
Apa yang anda harus lakukan adalah, pecahkan matlamat yang besar
itu kepada matlamat yang lebih kecil. Matlamat untuk mengumpul 10
ribu ringgit mungkin bunyinya besar, tetapi sekiranya dipecah
kepada unit yang lebih kecil, iaitu menyimpan RM500 setiap bulan,
matlamat akan tercapai juga dalam masa 20 bulan
TINGKATKAN KEKUATAN TENAGA
Sering kali kerja ditunda atau kerja tidak dapat disiapkan adalah
kerana badan kita terasa penat. Mata kita terasa mengantuk dan
tubuh kita tidak rasa selesa untuk meneruskan sebarang kerja.
Sebab ini adlaah, tidak kira sekeras mana anda kerja, tidak kira
berapa jam anda melakukan tugas anda, sekiranya badan anda tidak
mampu menahan bebanan tersebut, produktiviti anda akan berkurangan.
Ambil masa untuk berehat. Tubuh manusia boleh bertahan pada tahap
produktiviti yang tinggi dalam lingkungan 8-9 jam sahaja. Itu pun
sekiranya mempunyai tubuh yang sihat. Adakalanya, dengan hanya
melelapkan mata atau menambahkan masa tidur anda di malam hari, ia
akan menyegarkan semula tubuh anda untuk menjadi lebih produktif
pada keesokan hariinya. Sekiranya anda sering tidur 5-6 jam sahaja
oleh kerana kerja yang banyak, saya cadangkan anda tambahkan masa
tidur anda untuk menyegarkan tubuh anda.
Lakukan aktiviti senaman dari masa ke semasa, kata pakar kesihatan
tidak semestinya anda bersenam setiap hari, walaupun bersenam
setiap hari adalah terbaik. Tetapi, beri masa untuk bersenam selang
beberapa hari untuk menguatkan lagi tubuh anda dan daya ketahanan
badan anda dengan tekanan kerja.
Jaga makan dan minum anda. Kita di Malaysia adalah dalam keadaan
disadvantage oleh kerana makanan kita agak berat jika dibandingkan
dnegan makanan barat. Tetapi, perhatikan daya ketahanan mereka di
barat gaya sihat. Tubuh mereka lebih kuat walaupun umur meningkat.
Makan seperti ahli sukan dan bersenam selalu. Tubuh anda akan rasa
sihat, badan anda akan rasa segar- ia akan menambahkan produktiviti
kerja anda. Tiada lagi rasa malas dalam memulakan sesuatu kerja!
Rujuk majalah Maskulin anda untuk tips-tips kesihatan yang
sememangnya akan menjadikan insan yang lebih produktif!
SUARA POSITIF
Bagaimana tindakan kita bergantung kepada suara yang sering kita
masukkan di dalam minda kita. Buang segala suara-suara negative
seperti saya akan gagal. Saya tidak dapat melakukan kerja ini.
Orang lain tidak akan suka dengan hasil kerja saya. Gantikannya
dengan suara suara positif- saya akan berjaya, saya akan menyiapkan
kerja ini dengan sempurna dan orang akan memuji hasil kerja saya.
Jadi seorang yang optimis dan berfikiran positif, ini akan
memudahkan segala kerja yang anda lakukan. Walaupun mungkin keadaan
sekeliling menyebabkan perasaan anda lemah dan tidak bermaya,
masukkan gambaran-gambaran positif di minda anda.
Terdapat satu istilah ini mengatakan bahawa kita gembira oleh
kerana kita menyanyi. Dan bukan sebaliknya kita menanyi kerana kita
gembira!
Mereka yang optimis akan...
- Sering melihat segala kebaikan di keliling anda dalam apa
keadaan sekali pun
- Pelajari daripada apa sahaja kesusahan yang dilalui dan terima
dengan hati terbuka
- Sering mencari penyelesaian daripada maslalah, dan bukannya
memperbesarkan suatu maslaah.
Orang yang berjaya sering mencerita tentang matlamat mereka. Mereka
sering berceirta tentang masa depan dan bukan mengungkit masa
silam. Lebih positif diri kita, lebih bersemangat dan lebih
produktif kerja yang dilakukan oleh kerana kita akan menjadi
seperti apa yang kita fikirkan selalu. Fikirkan boleh!
PRINSIP 80-20
Bagaimana kalau saya katakan anda boleh menjimatkan 2 jam dalam
setiap hari anda. Sudah tentu, bunyinya agak menarik!
Prinsip Pareto ini mengatakan bahawa 20% daripada masa yang di
ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah untuk 80% hasil
daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain, produktiviti anda
akan menurun selepas 20% masa anda diambil!
Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaat
anda?
Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas,
bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategi
bagaimana anda perlu menangani tugas tersebut. Apabila anda sudah
bersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasan
tersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda data
menyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam...
atau 2 jam. Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya.
Kemudian, berhenti! Ya... berhenti dari melakukan tugasan tersebut.
Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yang
benar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut. Namun, kerja
tersebut sudah 80% siap!
Apa yang anda perlu laku kini adalah, alihkan perhatian anda kepada
kerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perlu
hiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang sama
iaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perlu
diambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasan
yang lain.
Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80%
daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja. Selepas
kesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasan
asal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan anda
sudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkat
semula.
Dengan menggunakan strategi Pareto ini, anda pasti teruja dengan
kecekapan anda menangani masa menyiapkan beberapa kerja serentak!
Jumaat, 7 Ogos 2009
Khamis, 6 Ogos 2009
Ingat kata Mak Su
SYABAS...
Keje2 KAFFAH memerlukan komitmen 24jam...tidur, baring, berjalan, duduk, dan mimpi KAFFAH...tidak semudah pergi ceramah,usrah, demo dan segala aktiviti jemaah yang pernah kita lalui sebelum ini...
Memerlukan pemikiran yang kreatif dan kritis dengan membanyakkan pembacaan buku2 berkaitan pemikiran Islam dalam pendidikan seperi karangan Dr Zawawi Ahmad, Harun Yahya, serta tentang tafsir2 al-Qur'an yang membentangkan i'jaz ilmi serta sentiasa berhubung dgn Allah swt serta memohon hidayah dari-Nya. Renungi sejarah Imam Bukhari meriwayatkan 1 hadith bersamaan 1 solat istikharah.. .Bagaimana pula kita...
Ketahuilah.. .kerja yg sedang dilalui oleh sahabat dan sahabiyyah semua baru marhalah 1...masih on paper..(proses tarbiyah diri sebenarnya) ..belum lg menemui sasarannya (marhalah 2) dan belum lagi mendapat maklumbalasnya (marhalah 3) dan implikasinya (marhalah 4) yang mengundang pelbagai kemungkinan.
Ana menyeru diri ana dan mengajak sahabat dan sahabiyyah semua merenungi firman Allah yang terkandung dalam surah al-Ankabut: 1-11. Moga menjadi motivasi yang mengentalkan lagi semangat dan daya juang kita semua.
الٓمٓ (١) أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ (٢) وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ (٣) أَمۡ حَسِبَ ٱلَّذِينَ يَعۡمَلُونَ ٱلسَّيِّـَٔاتِ أَن يَسۡبِقُونَاۚ سَآءَ مَا يَحۡكُمُونَ (٤) مَن كَانَ يَرۡجُواْ لِقَآءَ ٱللَّهِ فَإِنَّ أَجَلَ ٱللَّهِ لَأَتٍ۬ۚ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ (٥) وَمَن جَـٰهَدَ فَإِنَّمَا يُجَـٰهِدُ لِنَفۡسِهِۦۤۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَغَنِىٌّ عَنِ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٦) وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَنُكَفِّرَنَّ عَنۡهُمۡ سَيِّـَٔاتِهِمۡ وَلَنَجۡزِيَنَّهُمۡ أَحۡسَنَ ٱلَّذِى كَانُواْ يَعۡمَلُونَ (٧) وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ بِوَٲلِدَيۡهِ حُسۡنً۬اۖ وَإِن جَـٰهَدَاكَ لِتُشۡرِكَ بِى مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ۬ فَلَا تُطِعۡهُمَآۚ إِلَىَّ مَرۡجِعُكُمۡ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ (٨) وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَنُدۡخِلَنَّهُمۡ فِى ٱلصَّـٰلِحِينَ (٩) وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَقُولُ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ فَإِذَآ أُوذِىَ فِى ٱللَّهِ جَعَلَ فِتۡنَةَ ٱلنَّاسِ كَعَذَابِ ٱللَّهِ وَلَٮِٕن جَآءَ نَصۡرٌ۬ مِّن رَّبِّكَ لَيَقُولُنَّ إِنَّا ڪُنَّا مَعَكُمۡۚ أَوَلَيۡسَ ٱللَّهُ بِأَعۡلَمَ بِمَا فِى صُدُورِ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (١٠) وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ (١١)
Yang Bermaksud:
Alif, Laam, Miim. (1) Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2) Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (3) Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu. (4) Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah (untuk menerima balasan), maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi) dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (5) Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk. (6) Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh sesungguhnya Kami akan hapuskan dari mereka kesalahan-kesalahan mereka dan Kami akan membalas apa yang mereka telah kerjakan dengan sebaik-baik balasan. (7) Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. (8)Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, sudah tentu Kami akan masukkan mereka dalam kumpulan orang-orang yang soleh (dengan mendapat sebaik-baik balasan). (9) Dan ada sebahagian dari manusia yang berkata: Kami beriman kepada Allah; kemudian apabila dia diganggu dan disakiti pada jalan Allah, dia jadikan gangguan manusia itu seperti azab seksa Allah (lalu dia taatkan manusia) dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu memberi kemenangan kepadamu, mereka sudah tentu akan berkata: Kami adalah sentiasa bersama-sama kamu. (Mengapa mereka berdusta?) Bukankah Allah lebih mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati sekalian makhluk? (10) Dan sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang yang beriman dan sesungguhnya Dia mengetahui akan orang-orang yang munafik. (11)
Intisarinya:
1. Allah tidak akan membiarkan golongan yang sudah mengaku beriman begitu sahaja tanpa diberikan ujian utk membuktikan keimanannya. Kerana golongan seperti ini dahulu lagi sudah diuji dan zahirlah di antara mereka yang benar dan yang mana berdusta dgn kata2nya. Mereka yang melakukan kejahatan (mendustakan kata-katanya) tidak akan terlepas daripada kemurkaaan dan seksa Allah
2. Orang yang benar (mengotakan kata-kata keimanannya) pada perbuatannya akan memperoleh kebaikan untuk dirinya sendiri juga, tidak akan sia-sia, keranan ganjaran Allah sedang menanti dan dosa-dosa mereka akan diampunkan.
Semoga kerja-kerja KAFFAH ini banyak mentarbiyyah kita pada tahap yang lebih tinggi sebagai seorang Murabbi, Muaddib, Muhazzib selain Mu'allim dan Mudarris.
Didoakan semua sahabat sahabiyah terus istiqamah dan serius memikul tugas ini. Moga bebanan itu mampu meringankan kita di dalam kesempitan alam Barzakh dan fitnah di Yaumil Mahsyar. Amin Ya Rabb
Doakan sama ana ni...
wassalam
TKP (sedang berperang di medan ilmi)

Rabu, 5 Ogos 2009
Tilawah Kebangsaan
KupOn
Isnin, 3 Ogos 2009
Jumaat, 31 Julai 2009
Last day in July
MoooooooDy
Aku Tak Tahu
Curik Tulang, tak cukup tulang...
Khamis, 30 Julai 2009
Ruhul Jadid
Bilakah lagi....
Khamis, 9 Julai 2009
Ukhuwah?
Selasa, 7 Julai 2009
SURAT UTK AKHIL HAYY
Teringat mase dulu mase deme jadi penyanyi lagu rock driyard dulu
yop.Best benor dengor lagu deme masa tuh.'Hanya ketenangan.. ..' lebih
kurang begitulah lagu deme dulu. MAsa tuh seluor deme ketat yop.TAruh
botoi kat kaki pun tak celuih yop. Rambut jangan cakap ler,mata deme pun
haram nampak dibuatnyer. Baju pulak kalo takder baju 'earth shaker'
lambang matahari tu,tak rock yop betui tak?
Tup tup rock pun habis zaman gemilangnya termasuklah dengan deme
yop.Semua mat rock kampong BOTA tertanya-tanya mana pergi rocker-rocker
malaya dulu yea?Kroje apaler deme tuh kalau dah tak nyanyi.?Yelah
diorang tuh semua bukannya tak crodek,handei- handei gak diorang tuh.
Tup tup plak awak dengor nama deme keluor kat pentas ceramah yop.Ape ke
hei si akhil tuh dah berceramah plak.Dah tak nyanyi ker lagi? Deme plak
ceramah agama.Sejuk hati dengornyer yop deme dah jadi orang.Yelah kalo
benih yang baik campak kelaut jadi pulau yop.
Ceramah deme seronok dengornye.Cerita macam-macam, ngaji pun ada,nyanyi
pun ada dan juga politik pun ada.Berkat juga hidup deme dengan jadi
penceramah mengingatkan orang lain akan kebesaran Allah. Seronok tengok
deme dah jadi ostaz.Ostaz rock pulak tuh yop.Bukan senang rocker dah
jadi ustaz.Selalunyer ostaz yang tukar jadi rocker yop.
Tup tup yop deme lame dah tak ceramah kat masjid-masjid ataupun pentas
politik yop.Semua orang tertanya-tanya mane deme pergi ni.Dah kaye ker
gamaknye si akhil ni sampai haram nampak muke ni.
Tup tup deme masuk Astro yop.Ada rancangan sendiri plak tuh yop.Bangga
teman yop deme masuk TV.BUkan senang masuk TV yop.Teman lame dah ngidam
masuk TV.Haram dapat pun.kalau masuk TV sendiri selalu lah yop itupun
setakat YOUTUBE jer.Rakam dan tengok sendiri.Tentang deme masuk Astro
yop,teman tumpang sekaki gak yop.Kira deme berdakwah sampai kelangit
yop.Ngalahkan kapei trobang yop tingginye taraf deme.Murah dah rezeki
deme yer yop.
Tapi yop,bila teman terpikio masa dulu,rezeki ni ada dua jenis yop.Satu
rezeki Allah bagi pasal Allah sayang.Dua rezeki Allah bagi pasal Allah
benci yop.Harap deme bukan yang kedua ye yop.Bila Allah bagi rezeki atas
kerana sayang yop,Allah bagi rezeki tu dengan dugaan sekali yop.Dia nak
duga kita samada kita ni cakap berdegor-degor ni hebat benor ker kita ni
yop.Nasihat orang supaye jaga anak tuan-tuan supaya jangan sampah
masyarakat,tapi kat deme, deme ada nengok ker anak-anak deme yang 4orang
dari benih deme tuh yop.
Teman nengok comey anak-anak ustaz akhil hai.Apalah salah anak-anak tuh
abah tak balik-balik lama dah ni.Dengorkan cerita abah masuk Astro.Hebat
abah kita tapi yop itu semua Allah duga yop.Baru Allah bagi rezeki sikit
yop deme dah buat hei.Awak bukan kisah benor pun pasei deme dengan bini
deme yop.Itu awak paham yop.Lawo memang lawo tapi kite bukan nakkan
lawonye yop tapi kita nakkan baiknye yop betui tak?Lantaklah itu hey
deme.Tapi anak yop,awak tak tahan bab ini yop.Nak nangis pun ada
yop.Gamak deme ninggal anak-anak lama-lama yop?Kalu awak yop,seminggu
tak tengok muka anak-anak yop,rasa macam nak balik kejap-kejap tuh yop.
Yop akhil! Dugaan deme ni lebih pada Allah nak duga deme jer yop.Kate
orang kampong yop 'our kids not always looking the presents that we give
to them,but the present of us infront of them'.Apalah sangat pompuan tuh
yop.Seronok dengan pompuan ni yop paling kuat pun sejam jer yop.Lepaih
tuh deme pikir kelain dah yop.Isteri boleh tukor ganti yop.Itu deme
pandei-pandeilah yop.Tapi anak yop,tak same yop.Anak deme tetap anak
deme yop.Kesianlah kat anak-anak deme yop.Baliklah yop.Usaplah kepala
diorang yop.Dioarang rindu benor dengan deme yop.Diorang tuh kalau boleh
bior abah diorang tak kaya pun tak per yop.Janji abah ada depan diorang
yop.Apalah salah diorang yop.
Masa deme pergi mahkamah hari tuh yop.Deme lenggang tangan jer
yop.Seronok benor nengok deme datang mahkamah.Tapi bini deme
yop,berangkut sampei 6 orang neman kan maknyer.Susah yop dokong anak
kecik ni.Lengoh tangan yop mendokongnyer. Tapi deme datang lansung tak
peluk anak-anak deme tuh.Sedih benor rasa tengok deme macam tuh.
Deme kata deme berjuang atas jalan Allah tapi deme dah kona kelain awak
nengok.Udah- udah ler tu yop.Apalah sangat hebat deme menyanyi
terpekik-pekik konon nak bagi keinsafan pada orang lain.Apalah sangat
rambut deme yang konon rebounding tuh yop.Tu semua yop, DUNIA jer
yop.Hari ni hari deme yop,esok hari deme juge yop.Tapi lusa yop belum
tentu lagi yop.Seronok bercinta ni yop lain yop.Semuanya nafsu jer
yop.Kalu deme pikio balik,semua tuh buang duit jer yop.Buang mase dan
buang tebiat jer yop.
Teman nangis masa nulis ni yop.Kesian anak deme yop.Makan ker atau
sekolah ker diorang hari ni yop.?Kes macam deme ni yop sama macam kes
kumpulan iklim tuh yop.Kesian anak-anak kat kampong diterengganu
tu.Apalah salah anak-anak sampai abah taknak balik?
Yop Akhil..udah- udahlah jadi artis tuh.Tak kemana perjuangan deme tuh
pun.Nabi Mohammad kalau dia tahu yang dengan menyanyi tuh boleh mengajak
orang mengesakan Allah,lama dah nabi buat dulu.Udah ler yop.Besorkan
anak-anak tuh lagi penting yop.Diorang tuhlah yang nak usung keranda
deme nanti yop.Malaikat tak tanya pun berapa ramai yang masuk islam bila
dengor lagu deme tu yop.Tapi yop malaikat tanya apa peranan deme sebagai
ketua keluarga yang Allah sebagai tunjang deme yop.
Udah-udah ler tuh yop.Tak kesior teman nak dengor lagu deme yop.Bukan
dapat duit pun yop dengor lagu deme.Lagi kena keluor duit adalah yop.
Yang baik itu Allah dan yang buruk itu teman yop.
Md daud yusri alhutan melintangi
--
--
Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.
Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai..... ..
Janganlah menjadi begitu masin..
sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku
terlampau manis, sehingga
mereka menelan dirimu
begitu saja..
Ahad, 5 Julai 2009
Silap mata
Jumaat, 3 Julai 2009
Rabu, 1 Julai 2009
Aku tak paham... Kenapa?!! Kenapa?!!Kenapa?!!
Khamis, 25 Jun 2009
kuranggg lagiiiiiiiiii…
uwaaaa…… ni nak nanes ni. Kak eni pakat nak tukar sesame ngan saye.. Tapi sekang akak dlu tukar dlu sebelum saya… Tinggei saya…..
Kurangla defender saya kat ofis pasni. Defend saya dari 3 ekor itu….huhuuuu
Pasni tak de la orang nak nasihat saya dah:
“Nanti kamu, jangan ni… ni… ni…”
Tak de la orang nak begosip ngan saya:
“Kamu tau tak? Dot… dot.. dot….”
(Bukan mengumpat ek)
Harap kat Nenek Limah(idola Balqis, mungkin idola saya gak kot,hehe…) tu, tak dela, dia sebuk ngan keje dia je….
Kak Limah pun nak pencen tak lama lagi dah..
Esok nak ikut gak kome jalan ipoh, pehtu anto saya balik kuale,hehe…
Demolani lagi...
Macam-macam budak sekarang
Kes 1:
“”Saya dah byk orang buat cikgu…”” Apa saya nak kata?” Sampai menangis si kaunselor bercerita... Kecewa dan terkejut dengan jawapan pelejar tersebut.
Kes 2:
Melayu perempuan (Islam) bercinta dengan lelaki india (hindu)
Ni baru 2 kes. Cite budak2 hitam takyah kira la…
Kecewa pun tak guna. Kes 2, aku sendiri pernah panggil n cakap personal tahun lepas. Tapi ape sangat lah yang aku boleh buat. Benda main soal hati dan perasaan. Pendidikan keimanan sahaja yang boleh menyelamatkan. Pendidikan keimanan itu adakah tanggungjawab cikgu di sekolah saja. Adakah sekolah agama dapat menyediakan pendidikan keimanan ini.. Adakah salah ibu yang mengandung? Adakah foktor virus merbahaya (rujuk post pertama) tersebar satu Malaysia ataukah faktor ketahanan yang lemah?
Selasa, 23 Jun 2009
Duit..duit..
Sabar
“Sabojelah”
Jika zaman sekolah endah dulu ustazah akan tegur bila ada dengar kengkawan yang sebut perkataan itu. Menurutnya sabar itu sifat mahmudah. Tidak elok diikuti dengan perkataan ‘jelah’ yang seolah–olah mempersendah dan memeperlekeh sifat mahmudah itu. Sedang sifat mahmudah itu sukar diserapkan dalam jiwa. Namun ianya sifat yang amat tinggi ganjarannya.
“Pempuan ni kene banyak sabo”
Buah bicara yang sering kudengar dari orang2 yang berpengalaman. Macam2lah ceritanya yang didengar dan responnya tidak terluah. Nak kata dunia ni tak adil tetapi Allah itu Maha Adil.
Sesungguhnya aku takut serta tidak beryakin untuk memikul beban amanah ini… Aku hanyalah berasal dari rusuk yang bengkok. Yang mustahil untuk diluruskan. Yang memerlukan bimbingan yang bukan sedikit.
MENCABAR KESABARAN
Biasa dengar? :
1.“Kesabaran aku ada hadnya!”
Adakah kesabarannya yang tercabar? Ataukah egonya yang tercabar?
2.“Sampai bila ko/aku nak sabar?”
Adakah kesabaran itu ada penamatnya? Wajarkah kesabaran ditamatkan? Berbaloikah menamatkan kesabaran?
3.“Ini tak boleh jadi, ko/aku tak boleh sabar saje, tak boleh biar je!”
PENYELESAIANnya hanya satu:
Assobru minal iman = sabar itu sebahagian dari iman.
Sanggupkah kamu membiarkan iman tercabut dari dirimu? Sangguppkan kamu membuang tiket ke syurga dan menggantikan tiket ke neraka.
Innallaha ma’assobirin = Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar.
Kata2 itu hanyalah bisikan syaitan yang sentiasa mencari ruang dan pelaung untuk menyesatkan manusia. Banggakah kamu menggembirakn syaitan dengan menjayakan misi2nya. Misi mencari sebanyak mungkin rakan satu tempat tinggalnya di akhirat.
Walau macamana sukar sekali pun, kesabaran itu penting untuk mengecapi kemanisan iman. Berusahalah! Kambate!
Terima kasih buat kawan yang berkorban untuk kebaikanku.
Siapa Aku
Persoalan yang sering berlegar2 dalam kepalaku sejak Hari Pekerja itu. Adakah aku seperti lagu ini.
Aku bukanlah yang terbaik. Aku bukanlah hebat apatah lagi yang terhebat. Aku hanyalah manusia biasa bukan robot yang punya perasaan. Juga bukan malaikat. Tapi hanyalah manusia yang lemah dengan khudrat apatah lagi kuasa. Makhluk yang dipinjamkan. Beserta dengan zat-zatNya juga dipinjamkan sementara.
Jauh dalam hatiku masih terpendam cita2 menjadi sufi. Sufi yang haraki. Haraki yang menempa jalan menuju syahid. Walaupun aku sedar sufi haraki sangat jauh dariku. Aku sering tewas dengan bisikan2 syaitan yang mengagalkan cita2ku. Masihkah ada ruang peluang untuk kumenjejakinya.
Isnin, 22 Jun 2009
glamer?

Dlm kehidupan kita seharian pasti kita sedar kebanyakan rancangan tv berunsur hiburan,menyanyi dan sebagainya. Kenapa wanita suka membeli majalah hiburan? Apakah perkara yg dicari dlm majalah wanita oleh wanita yg membelinya?
Kenapa ya ramai perempuan hari ni xsolat? Dan xmalu?
Mungkin nak glamer kot.. Kata ustz sms pengajian di surau : perempuan yang berpakaian ketat adalah perempuan yang tidak punya akidah. memang benar tak punyai akidah membuatkan seseorang hilang malu. juga menyebabkan orang itu meninggalkan solat.
Ada sesiapa tahu apa jawapan yang lain?